Cinnamon Roll..comot

Salam sejahtera. Kemain bersemangat cik ahkak nak buat cinnamon roll yang tak berapa nak roll..kuikuikui.. Bila membelek bahan resepi kat buku Taste Of Home 2007 Annual Recipes.. cik ahkak geleng kepala saja.  Mana nak cari maple syrup,dik non?. Supermarket pon tak bukak lagi masih subuh..hahahaaa!!.. Lantak je lah SB guna resepi doh donat, lebih kurang la sama jugak hasilnya.  Inti nya pulak superb gila..memang sedap walaupun simple. Untuk inti cinnamon roll, meh sini cik ahkak kongsi. Nak derhaka kat resepi ni, boleh ja asalkan diterima citarasa tekak masing-masing.Sungguh pon comot, bentuk tak sempurna tak macam buatan bakery / kilang, tetap SB abaikan, janji sedap, cicah ngan air teh..woohoooo!!!..



½ cawan gula perang (banyak pon takpa)
2 sudu makan tepung roti
4 sudu makan serbuk kulit kayu manis
6 sudu makan butter
Campur semua bahan ni hingga sebati dan taburkan atas doh yang sudah dibentukkan leper sebelum di gulung dan di potong. 

10 ulasan:

  1. WALAU COMOT SIKIT JE..TAPI RASANYA MESTI SDP SGT TU SUE..

    BalasPadam
  2. Pada kakak taklah comot mana pun
    Yg kakak tengok cantik aje dan pastinya sedap.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Janji sedap menelan,kan kak Zakie :)

      Padam
  3. Kalau buat roti kita guna tepung naik sendiri bukan gandunm,boleh ke SB? Yis macam biasa letak jugak?

    Terbayang Auntie Anne punya cinamon stick...aduhhh

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh lah OKje share gambar cinamon stick Auntie Anne kat blog. Kita nak jugak tengok.
      Tepung naik sendiri tu tepung gandum gak tapi dah ada campuran serbuk penaik. Tepung ni sesuai buat kek saja. Yis kena letak kalau kalau buat roti.

      Padam
    2. Ohhh....ok...ok.... sebab banyak tepung naik sendiri kat rumah tu. Lebih biskut Raya hari tu

      Padam
  4. Kalau buat roti kita guna tepung naik sendiri bukan gandunm,boleh ke SB? Yis macam biasa letak jugak?

    Terbayang Auntie Anne punya cinamon stick...aduhhh

    BalasPadam
  5. kalau tangan SB yg membuatnya menjadi aje lah dia. derhaka pun takpe, mesti sedap.
    kalau tangan akak yg buat, entah jadi ke tidak. silap2 sedekah kat cik tong aje.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak pa tu Kak KB, jadi tak jadi, belakang kira yg penting dapat main doh roti gitu..hihii

      Padam

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih