Cucur Ubi Kayu..pernah makan??

Salam sejahtera. Update entry sarapan hari ni. Makan apa pagi ni, uolls?. Penah dengar atau makan cucur ubi kayu?. Cik ahkak luar sana tu yang datang sezaman purba macam SB tak kan tak pernah merasa ubi kayu. Sedap ooii!.


Nahh, ubi kayu siap potong kecil-kecil dan di rebus hingga empuk bersama garam sikit. Toskan hingga kering. Saiz terpulang pada citarasa memasing. Nak potongan besar gedabak, masuk mulut pun tak muat..sukati la. Saiz bite size pon boleh, bebudak senang nak makan.


Rahsia salutan tepung goreng rangup?.. Cik ahkak kongsi sini, senang beb!. Campurkan tepung gandum dengan baking powder banyak mana pon boleh. Tapi jangan lebih dari sukatan tepung gandum,k. Nak lagi senang?.Guna ja tepung goreng pisang dalam kotak sedia terjual..hihihiii.. Bubuh garam lagi sikit pastu bancuh dengan air masak, gaul dan pastikan adunan tidak terlalu cair.  Peram seketika dalam 2-4 minit adunan tu.


 Salut ubi kayu rebus tu dengan adunan dan deep fry hingga warna keemasan dan garing. Sedap dihidang panas-panas bersama kopi secawan.  Sekian.


14 ulasan:

  1. tadi makan roti dgn telo mata je...nakkkk ubiiii...hahaha...selalunye mkn yg rebus je cicah sambal tumis...kalau ada lebih petang2 nye baru di goreng gini...kikiki...dap2 sangat ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rebus kosong makan ngan sambal pon okey, Mal..sedap wooo..

      Padam
  2. Hi SB..cucur x pernah makan..kalau GETUK UB KAYU (yg bulat2 tu)biasa makan..tp tunjuk ajer hahaaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Getuk ubi kayu tu kan, ubinya kena lenyek sblm digoreng. Penah gak makan,mmg sedap

      Padam
  3. SEDAP NI SUE..UBIKAYU REBUS SALUT TEPUNG DIGORENG PULA

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sedap ni, kak PI. Lebih lagi kalau pada ubi kayu yang gebus gebas isinya..

      Padam
  4. SB, nak tahu...pagi-pagi tadi akak dah mencekik ubi kayu rebus cicah gula tau! sedap, sebab lama tak jumpa kan. kalau zaman jepun, mahu muak gamaknya.

    sedapnya buat goreng cam tu ek? akak biasa buat ubi getuk jer. rebus ubi, lenyek2kan, campur kelapa parut, gula - gaul sebati. kemudian, buat salutan tepung goreng rangup mcm SB tu, celup dan goreng.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walawehhh..ubi kayu rebus cicah gula lagi..lagend tu, kak KB. Ubi getuk penah Sb makan, sedap jugak tu

      Padam
  5. Sedap ni, SB! Makan panas-panas lawan dengan kopi pekat :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aaa.. kopi pekat mmg gandingan mantop tu FMF..kita geng..heheheee!!..

      Padam
  6. sedap ni..rangup diluar, gebu di dalam..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi, Nohas. Memang sedap ni lebih lagi makan time baru keluar dari kuali

      Padam
  7. Kalau dirempahkan sikit tepung tu sure lagi sedap SB

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rempah gimana tu, buk?..kunyit ke? kari ke? atau serbuk lada hitam putih?..boleh cuba gak pas ni

      Padam

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih