Donut gebu dan comel

Salam sejahtera.  Mari belajar buat donat.  Walaupun ada gak pikir macam topik budak tadika, tapi tak pa lah ya.. hihiii.. dah nama blog resepi masakan mudah, benda mudah dan simple je yang anda akan temui kat sini.  Nak hidangan macam pakcik Heston punya..tak yah carik..kompom tak jumpa.

Bahan-bahan
250gm tepung gandum
5gm yis
90ml air suam
1 Sudu makan shortening
2 Sudu makan mentega/majerin pon boleh
1 Sudu makan susu tepung
2 Sudu makan gula
Secubit garam
1 Biji telur gred A

 Yis, gula, mentega/ majerin, shortening, susu dan air suam di campur dalam satu mangkuk. Kacau kejap dan tutup. Biarkan selama 10 minit atau hingga berbuih macam dalam gambar kat atas tu.

Pukul telur dan masukkan ke dalam campuran yis, gaul dan masukkan tepung serta garam.  Uli hingga menjadi doh kenyal yang tak lekat kat tangan.  Cik ahkak biarkan dia mengembang 2 kali ganda. Nampak elok kejadiannya.

Bila doh dan kembang, tumbuk-tumbuk sikit, pastu uli sekali lagi.  Dah tu boleh la di canai dan terap guna acuan donut.  Lepas abis terap, biarkan selama 10 minit lagi dan boleh lah digoreng hingga kuning keemasan.  Amacam?.. senang tak senang buat donut?..  Kacang, beb!..heheheee.. Sekian.


14 ulasan:

  1. memang senang sangat. Akak pun selalu buat donut ni, anak2 suka. 1/2kg tepung pun dah jenuh nak makan, kan SB?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setengah kilo tu banyak hasilnya, Kak KB. Kalau SB buat dalam kuantiti banyak, boleh buat frozen donut.

      Padam
  2. bak sni skit..nak wat mkn ptg..hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Makan tengahari pon blum lepas ni, NN.. kejap sejam dua nnt SB anto..hahaa!!

      Padam
  3. pernh buat.. rasa masam ntah kenpa...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau masam, itu mungkin terlebih yis, PB..

      Padam
  4. Suka makan donut. Tambah lagi yang gebu macam SB buat 😃

    BalasPadam
    Balasan
    1. Favorite dari kecik sampai ke tua ni, SH..hihii

      Padam
  5. alahai dapat buat donut gebu dan comel memang best...boleh makan sambil layan movie

    BalasPadam
  6. Lama dah tak buat donut. Tiap kali Ros nak buat mesti ada resepi kat sebelah. Hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ooo..gitu. Tak pa Ros, SB pon gitu jugak..takut ada bahan tertinggal nanti kan.

      Padam
  7. Balasan
    1. Tak pa SA. boleh cuba buat bila ada kelapangan

      Padam

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih