Kerosakan biasa pada bread maker

Ni foto memula SB guna bread maker Elba
Salam sejahtera. Lama tak keluar entry pasal bread maker kesayangan cik ahkak ni, si Elba.  Hari tu SB standby semua bahan untuk buat bread kosong. Dah susun elok dalam bread pan, check kneading blade okey semua pastu gi tit tuut tiit tuut, set semua pastu tekan button ON.  Bunyi pelik pulak keluar, bila buka penutup, adunan tak bercampur langsung, check kneading blade, HHAAHH?!!.. Tak berpusing langsung. Check dashboard sekali lagi, tiitt tuutt tiiit tuuut.. eh? okey pulak setting semua. Sedey tak sedey, lap aiklio jap cik ahkak tambah lagi peluh basah ketiak segala, belek atas bawah kiri kanan bread maker kesayangan ni. Takda pulak yang mencurigakan.  Mau taknya kena tunggu abang mekanik balik keja, sambil tu tengah susun ayat carik idea nak mengadu buruknya perangai cikahkak..kuikuikuii!!.. Dalam pada masa yang sama, cik ahkak gi pulak mengorek kat Pakcik Google sorang ni. Korek punya korekkkk...hhaaaaa!!! Tu dia, terungkap misterinya..
drive belt bm8380
Drive belt yang perlu diganti baru
Drive belt bread maker Elba cik ahkak hancus, berkecai, putus dan entah apa-apa lagi gelaran yang sesuai bagi menggambarkan situasi tu..dasyhaatttt!!!. Yang ni bila abang mekanik dah bedah post mortem segala, baru dapat di keluarkan drive belt. Tu pon punya lah payah nak bukak, skru mata tiga ada, skru mata empat pon ada.  Membakar lemak sungguh time bukak bread maker ni, tau. Drive belt atau ada orang gelar timing belt ni, agak amik masa jugak SB carik kat tenet mana orang ada jual.  Pakcik Google dan Mak Youtube cakap, drive belt putus atau renggang adalah kerosakan biasa pada bread maker. Alahaaiii.. mau tak nya cik ahkak kena gi mengadu dan korek kat gerai Pakcik Lelong, market Makcik Mudah.com, Uncle Amazon lagi..naik kematu hujung jari cik ahkak tekan-tekan keyboard.  Last-last, sangkut kat gerai Pakcik eBay US.

Aaaaa... pinjam gambar dari Pakcik eBay. Macam ni la rupa drive belt @ timing belt untuk bread maker Elba cik ahkak.  Huhuuuu...kena korek tabung Paypal cik ahkak lagi lah ni.  Harga?!!.. Nanges aiklio basi japp cik ahkak.  Pakcik eBay jual dengan harga USD 16.49 (kejut beruk japp) tambah postage USD 13.25 .. huhuuuuu!!! Nanges tak berlagu lagi cik ahkak sambil tu garu-garu kepala takda ketombe.  Last-last, cik ahkak contact seller tu sendiri, mintak diskaun dengan muka tak malu you you .  Nasib cik ahkak sungguh la baik.. Seller tu Pakcik Danny baik hati, tak sampai 4 jam, terus dia balas e-mel cik ahkak dan bagi kurangkan harga dari USD 16.49 ke USD 10.49.  Hihiiii..lompat-lompat kanak-kanak riang cik ahkak pastu.  Cepat je cik ahkak buat payment guna paypal, baki tinggal la sejemput USD,.tak mengapa lah, hanya kerana bread maker kesayangan cik ahkak, apapon sanggup.  Sekarang ni cik ahkak tengah tunggu la barang tu, lama lagi laaa.. hari ni check shipment item, masih lagi kat Orlando, US.. Dengan penuh sabar cik ahkak tunggu kedatangan drive belt ni. Sekian.

10 ulasan:

  1. alahai drive belt rosaklah pulak. ingatkan kereta aja ada timing belt ni. rupa2nya bread maker pun pakai timing belt ye SB.

    Jauh beno nak kena mengimport lak tu. Kalau dah ditukar dlm RM berapalah gamaknya tu ye??

    Selamat menunggu dengan penuh sabar ye SB.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Postage caj nya mahal dari rega barang tu,kak..huhu..USD 10 dah rm40 lebih duit kita,blum tambah caj lagi. SB korek website lain,semua dia punya link ke e-bay seller tu.agaknya dia sorang saja ke supply timing belt ni?hhrrmmm..

      Padam
  2. Takpelah.. sabar menanti.. bila dah dapat nanti boleh digunakan kembali.. ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Makaseh Aiza. Bila dah ada,nanti SB up kat entry

      Padam
  3. wahh..untung ada abang mekanik boleh repair2 sendiri..huhu.. cuma beli brg ganti je...kalau hantar kedai, mau charge ratus2...nanti masak roti special tuk abg mekanik...hehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan Nohas. Kalau mekaniknya SB..taunya bukak skru saja.pasang balik entah betul entah tidak..hahaa

      Padam
  4. yehaaa... bleh buat roti dah hantor ke sni. hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak hantar roti apa tu ZT, bread maker tak dpt nak guna..hahaa

      Padam
  5. Nasiblah ada abg pomen tolong settle masalah. Kalau yg tak de abg pomen tu harus dah dihumban bread maker tu kan... Sudahnya tepung tu kena uli manuallah ye SB....
    Aduhaiiii

    BalasPadam
    Balasan
    1. Abg pomen tolong kita bukak skru dan keluarkan isi perut bread maker tu, OKje. Kisah tepung tu,mmg SB kna uli manual. Bersenam sikit

      Padam

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih