Cara Buat Frozen Donut

Salam sejahtera.  Tak habis lagi ke mendonut?.  Cik ahkak bila-bila boleh mendonut almaklumlah lah kan orang tak berkerjaya katanya.  Bagaimana pulak yang sibuk bekerja tapi takda masa nak mendonut?. Meh sini cik ahkak kongsi cara buat frozen donut.  Tidak perlu kedekut ngan ilmu pengetahuan, lagi elok share sama-sama. Frozen donut paling mudah nak buat dan simpan.  Tapi sebolehnya jangan la perap frozen donut tu sampai berminggu. Memula TENGOK SINI cara cik ahkak buat donut.
Nampak tak beza warna pada donut tu?.  Yang putih (kanan) tu cik ahkak goreng separuh masak, manakala sebelah kiri pulak sedia untuk dimakan.  Guna api perlahan dan selalu balik-balikkan supaya tak garing dan warna kekal putih gitu.  Lepas goreng, tos kan minyak dan biarkan sejuk pada suhu bilik.  Kemudian susun donut-donut separuh masak tu dalam talam dan masukkan ke dalam bahagian penyejuk beku peti ais kita. Biarkan selama 10-15 minit.  Lepas tu keluarkan dan pastikan donut tu tadi mengeras.  Simpan donut tu dalam bekas tertutup rapat dan masukkan balik ke dalam bahagian penyejuk beku.  Dah pon jadi frozen donut kita.  Boleh di goreng pada bila-bila masa tapi pastikan anda tak simpan frozen donut ni lebih dari seminggu.
Telan aiklio lagi cik ahkak nengok donut gebus gebas tu.  Dah jadi macam menu mingguan pulak dah ni, mendonut wajip ada. Sekian dan selamat mencuba cara buat frozen donut dari dapur cih ahkak.



12 ulasan:

  1. thank you berkongsi ilmu dapur....nyum, nyum..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama Nohas. Jum kita mendonat

      Padam
  2. Cantik gebu rupa paras donutnya, SB :)

    BalasPadam
  3. WAH GITU CARANYA YA SUE..TKSH KONGSI IDE...BOLEH CUBA NI

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi kak PI.. Gitu lah caranya SB buat. Tak tau la jika ada otai-otai lain tu ada cara sebaliknya

      Padam
  4. Salam cik ahkak SB. Ni akak nak tanya ni, kalau nak goreng donut frozen, kita kena lembutkan dulu ke. Soklan mcm bodo lah kan sbb akak mmg tak tahu....hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cik ahakak KB, donut frozen tu kluar je dr esbok, terus goreng guna @pi sederhana. Tak perlu dilembutkan. Cik ahkak SB suka ngan soklan tu..

      Padam
  5. Lama tak mendonat.... teringin pulak nak mendonat tapi yis mcm dah lama je ....Ok lagi tak agaknya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena tengok bekas simpanan yis tu jugak. Kalau yis simpan dlm bekas kedap udara yg ketat, mmg masih elok dan boleh diguna.tapi kalau buh dlm plastik gitu saja,rasanya elok beli baru,Okje..

      Padam
  6. Balasan
    1. Kalau kat sini, bukan setakak bebudak yg suka, mak budak pon ikut sama.

      Padam

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih