DAHFA FISH FILLET Crispy


Salam sejahtera.  Sehari dua hari ni ramai kawan blogger post entry Merdeka jenjalan, masak-masak..meriah kan.  Ni cik ahkak tetiba keluar kan tajuk DAHFA FISH crispy..apa mimpi memalam buta?  Hidangan DAHFA Fish crispy ni sedap, boleh buat musim perayaan ke apa. Tapi cik ahkak suka makan tak perlu tunggu musim perayaan baru nak buat.

Snek ikan DAHFA ni memang agak famous gak kat Sarawak sebab keluaran tempatan. Kilang pembuatan DAHFA ni kat Bintawa kalau tak silap Cik ahkak.. mohon carik kat Pakcik Google.  Cik ahkak tak pasti lah kat Semenanjung ada ke tidak produk ni, ianya di jamin halal dan memang snek yang  menyihatkan. Satu perkara tentang DAHFA FISH ni, teksturnya liat sikit tapi sedap.

Jadi macam biasa buat, cik ahkak derhaka sikit modified  DAHFA FISH ikan ni, dari liat, kita buat ianya crispy. Magic tak magik?..Kuikuikuii..  Memula gi beli DAHFA FISH FILLET duluan. Ianya ada kategori, satu fillet dan satu lagi lebih kurang macam potongan mee, halus.  Jadi kita pilih yang FILLET.  Potong ikut suka saiz besar ke kecik.  Jangan kecil sangat sebab nanti mudah hancur.
Susun dalam loyang, bertimpa-timpa 3-4 keping tak pa asalkan jangan membukit.  Panaskan oven dalam lebih kurang 80C, api atas bawah.  Bila dah cukup panas, masukkan loyang berisi DAHFA FISH FILLET potong dan tutup pintu oven.  Dalam anggaran 7-10 minit (jangan lebih dari 10 minit)  macam tu, keluarkan dan biarkan sejuk pada suhu bilik kemudian simpan dalam bekas kedap udara.  Hasilnya memang rangup dan sedap.  Selamat mencuba.

22 ulasan:

  1. nak kirim yang dah siap bakar aci tak :p

    BalasPadam
    Balasan
    1. amboi AI..kejap SB gi carik ikan nak buat dahfa..hehee!!

      Padam
  2. Rasanya ada akak jumpa kat sini dahfa fillet fish ni sue...terbaik lah tips sue ni,baru lah best makan ,rangup2 gitu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh cuba beli sepaket tu kak SI. Banyak hasilnya nanti, boleh buat snek time tengok tv

      Padam
  3. Idea yg bagus SB bagi. Betul juga dah masuk oven mestilah jadi rangup dan lebih sedap dimakan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang rangup jadinya, lagi sedap kalau gandingkan dengan kekacang goreng..walawehh..

      Padam
  4. rasanya kt semenanjung penah jumpa dahfa nih.... oooo kene try jgk nih...
    msti sedap bila dh rangup2 gitu kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Harus dicuba tu NM..tak rugi, sedap dan rangup

      Padam
  5. keropok harus sedap.. cuma x leh byang lagi mcm na rupa dia.. nti kalau jumpa kita try beli..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dahfa fish fillet ni berkeping, senang potong kalau guna gunting.

      Padam
  6. nampak macam papadom ja...huhu yaka

    BalasPadam
    Balasan
    1. Eeermm.. tak. Jauh beza tu AM..hiii

      Padam
  7. versi rangup mmg best...kejap je habis nii..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup Nohas..tak perlu tunggu lama nak habiskan

      Padam
  8. Balasan
    1. Hihii.. tak. Papadom lebih kepada rasa rempah dan masin saja. Yang ni rasa ikan..sedap

      Padam
  9. Kaknoorcpun nk try lah Sue mesti sdp ni rangup
    Derhaka sikit ok Sue janji sedapp

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe...kak Noor,makaseh sbb faham maksud SB. Sedap ni..try buat satu bungkus pasni ye,kak

      Padam
  10. kalau Perak ni, kat Pangkor ada kot Dahfia Fillet ni. liat2 kan.
    kalau beli nanti boleh cuba try test...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Spesis sama tu,kak KB. Kaler putih.nipis dan liat. Boleh try buat. :)

      Padam
  11. Dh mcm papadom plak ni...sedap eh..x pnh mkn lagi la

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap tapi agak berbeza dari papadom. Ianya lebih kepada rasa ikan manakala papadom ni rasa rempah .

      Padam

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih