Kerang Rebus

teknik masak kerang
Salam sejahtera.  Bersinar mata cik ahkak bila tengok kerang.. belum lagi masak tu dah telan aiklio.  Harga kerang kat tempat cik ahkak tak payah tanya, dik.  Mahal tu sebab sekilo pon cecah RM14-18.  Kesat aik mata jappp, nak yang murah gi tangkap sendiri kat laut.  Part masak kerang macam-macam resepi yang cik ahkak cuba godek kat tenet.  Balik-balik, tu diaaa... kerang rebus jugak yang tersedap.  Nak rebus kerang pon ada teknik, dik.  Bukan main tuang redah masuk tikam dalam periuk pastu terus jerang.  Kita kena pastikan air tu betul betul mendidih, membuak-buak dan tabur garam sikit lepas tu barulah masuk kerang yang telah dicuci bersih.  Merebus kerang pon jangan lama sangat.. diingatkan sekali lagi.. JANGAN LAMA SANGAT.  Cukup dalam 5-6 minit lepas tu toskan airnya.  Boleh la dihidangkan bersama sambal kicap cili limau nipis. Okey, amacam.?.  Boleh la rebus kerang lepas ni eekk.. Anda suka masakan kerang yang bagaimana?  Sekian.

20 ulasan:

  1. mahalnya yek harga kerang kt sana... aduh la ingat dekat ngn laut n pantai lg murah

    lenkali cuba bt singgah kerang... sedap tau, pds2 masam gtu

    BalasPadam
    Balasan
    1. singgah kerang, tak penah SB dengar. Nak cuba tengok resepi dulu

      Padam
  2. Memang sedap kerang rebus cicah dgn sambal kicap-limau
    Kakak pun suka ni SB.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Simple tu yang paling sedap, kak Zakie.

      Padam
  3. Balasan
    1. Kan, Anum. Tak dapat jugak nak beli selalu

      Padam
  4. Kerang rebus jugalah yg paling sedap dan simple .. 😋

    BalasPadam
  5. SEDAP KERANG REBUS CICAH AIR ASAM SUE...TAPI MAHAL SGT HARGANYA TU...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Agak nya bukan musim kerang (kerang pun ada musim, ke?). Tapi nampak sangat beza harga 7 tahun lepas dimana sekilo cuma RM7-9 saja

      Padam
  6. saya kalau rebus kerang suka letak serai sekali, lepas tu samalah rebus tak lama sangat. itu kalau rebus...ikutkan lebih suka yang curah dengan air panas tu je :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada serai, lagi harum bau kerang tu,kan Ann. Tambah selera tu

      Padam
  7. itu saja cara masak kerang paling senang dan sedap, SB. akak pun suka kerang rebus cicah kicap pedas.

    mahal ya kerang kat Sarawak!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ahaa..peminat kerang jugak ya kak KB. Kerang Sabah mahal yg SB dapat tu. Kalau import dari Indonesia,ianya lebih murah.

      Padam
  8. sedapnya kerang rebus..lama tak makan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masakan simple dan mudah yang menjanjikan kesedapan.

      Padam
  9. kerang rebus cicah sambal..mmg terbaik..ratah macam tu saja..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup Nohas..tak payah nasik ke apa,kan..sedap

      Padam
  10. Eh sama la cara kita..kalau overcooked x best kan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan SA. Kalau overcooked, rasa kerang tu kering, tak juicy

      Padam

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih