Pancake with Hot Fudge Sauce and Honey

Salam sejahtera.  Tajuk kemain lagi, cik ahkak cakap omputeh lagi ekk. Senang saja la translate tu,  lempeng  cicah dengan sos coklat dan madu..hahahaa!!  Oh my English!. Cik ahkak kongsi resepi serta gambar sekali untuk panduan anda yang sangat gemar makan pancake.  Paling sedap bila digandingkan dengan hot fudge sauce (sos coklat sedikit cair) dan madu.  Kenyang cik ahkak dibuatnya.  Lagi resepi ni cik ahkak cedok dari 2007 Taste Of Home Annual Recipes.


4 cawan tepung gandum
¼  cawan gula halus
2 sudu teh baking soda
2 sudu teh garam
1½ sudu teh baking powder
4 biji telur
4 cawan susu cair

Satukan tepung gandum, gula, baking soda, garam dan baking powder.  Pukul telur bersama susu cair hingga rata dan masukkan ke dalam bekas berisi bahan-bahan kering.  Kacau hingga sebati dan tidak berketul.  Panaskan non-stick pan dan tuang sesenduk batter.  Balikkan pancake setelah agak perang di sebelah bawah.  Buat sehingga habis.  Hidang bersama hot fudge sauce dan madu.

Hot Fudge Sauce

1 cawan gula pasir ( cik ahkak kurang kan kepada setengah cawan..)
¼ cawan baking cocoa powder
1 tin susu cair
½ cawan butter
1 sudu teh esen vanilla

Dalam saucepan, satukan semua bahan di atas dan masak di atas api perlahan hingga pekat dan tidak berketul.  

Bertingkek-tingkek macam dorayaki la pulak.  Skill buat pancake masih perlu diperbaiki lagi sebab pancake cik ahkak tak perfect bulat. Apa pon janji sedap.  Sekian.

16 ulasan:

  1. Ye la SB janji sedap dh la kan...

    BalasPadam
  2. Wow..look so fluffy pancake SB ni..nyum³

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi, PG. memang fluffy dan teksturnya cukup ringan gitu

      Padam
  3. Hi SB.. lama x singgah sini...
    Wahhhhh sedapnyaaaa pancake tu.. blh la nk cuba resepi ni weekend nnt.. ank2 suka pancake... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi, RH. Haruslah dicuba, nanti boleh share kat blog :)

      Padam
  4. PANCAKE LEMBUT CICAH SOS SEDAP TU SUE

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi, Kak PI..kalau omputeh selalu tuang syrup maple, jadi mcm kita ni, tuang honey pon dah kira cukup dan sedap lagi

      Padam
  5. Nampak cantik pancakenya....naik ha...Sebijik pancake Mc D tu weyh. Dapat berapa keping pancake tu SB kalau tepung 4 cawan tu agaknya ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau ikut sukatan atas nu, dapat 2-3 dozen, tgk saiz senduk jugaklah.

      Padam
  6. haaaa sedapnyaa tapi tulah malas la nak buat sendiri hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihiii..SB sungguh memahami situasi M tu, MD.

      Padam
  7. CH Suka suka suka sue bee..
    Sebab SB bagi dlm sukatan cawan..
    Jadi tak payah CH sibuk keluarkan penimbang..
    Terima kasih SB.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ur welcome dan selamat mencuba, CH. Boleh lah penimbang CH cuti lebih lepas ni..hihii..

      Padam
  8. Dah kunyah2 masuk perut juga SB. So, tak cantik kejadiannya pun tak pe... nampak sedaplah... berapa keping dapat dengan 4 cawan tepung gandum? Macam banyak nampaknya tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi, NK. kalu bebeno ikot resepi tu, hasil nya mmg byk, boleh panggil sekampung dtg mkn..hihii..SB memain. NK boleh buat separuh dr sukatan pon dah byk tu

      Padam

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih