Raisin Carrot Cake




Salam sejahtera.  Mulakan minggu baru dengan acara menge'kek'.  Agak lama jugak cik ahkak tak buat kek.  Belek2 buku resepi 2007 Taste Of Home Annual Recipes terjumpa resepi yang kiranya boleh dicuba.  Raisin Carrot Cake yang cik ahkak buat ni memang moist dan wangi.  Tapi jika anda tak suka dengan bau kulit kayu manis, boleh digantikan dengan kulit oren yang di parut.  Tak perlu banyak cuma dalam 2-3 sudu makan saja.  Kek ni makin lama disimpan makin sedap la pulak rupanya. Adunan yang terhasil ni sebenarnya tak lah banyak,  guna loyang 2x6 inci saja pun dah cukup.

1 cawan raisins
2 cawan tepung gandum
2 cawan gula perang
2 sudu teh baking powder
2 sudu teh serbuk kulit kayu manis (kalau tak da pun takpa)
1 sudu teh baking soda
1 sudu teh garam
¾ shortening (dicairkan guna microwave )
4 biji telur gred A
3 cawan lobak merah (diparut kasar )

Gaulkan raisins bersama 2 sudu makan tepung gandum, ketepikan.  Dalam bekas, satukan gula perang, baking powder, serbuk kulit kayu manis, baking powder, garam dan tepung gandum.  Pukul shortening yang telah dicairkan bersama telur hingga sebati dan tuang ke dalam bekas berisi bahan-bahan kering tadi.  Gaul guna spatula hingga sebati dan masukkan raisins dan parutan lobak merah.  Gaul rata dan tuang ke dalam loyang kek yang telah dilapik dengan baking paper.  Bakar pada suhu 150°C selama 40 minit atau hingga masak.  Suhu dan pemasa adalah bergantung pada kesesuaian oven masing-masing.
 Lepas ni cik ahkak nak try derhaka lagi ubah suai kek ni, nak guna parutan kulit sunkist dan tambah kekacang..amacam?..Heheheeee.. Sekian.

20 ulasan:

  1. kecik2 dulu mak suki rajin buat kek ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Suki boleh la try buat satu.senang sesangat tu

      Padam
  2. Kek febret akak ni sue...tengok je pun dah kecur :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oo..gitu kak SI. Boleh la try resepi ni.kecik ja hasilnya..

      Padam
  3. Alaa... kalau SB yg buat apa pun memang menjadi punyalah
    Dah tangan biasa membaking memang sedap belaka.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih kak Zakie. Makin semangat SB nak baking nih..hihiii

      Padam
  4. alahai sedapnya kek carrot, kalau ada kek ni confirm akak sorang je yg perabih, ahli keluarga KB yg lain tak gemo...hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kita geng kak KB.. Dorang tak suko makan, kita sorang sorang je la telan..yihuuu!!

      Padam
  5. Balasan
    1. Selamat petang NN. Jum pekena teh secawan

      Padam
  6. dah lama x makan carrot cake..suka ada kulit kayu manis, rasa herba2 sikit..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi Nohas..Antara herba yang SB paling suka ni, kulit kayu manis :)

      Padam
  7. sedapnya... udahla carot kek boh kismis lak mmg sepadan tuh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tau tak pa NM..memang sepadan lah dorang tu campur jadi satu kek

      Padam
  8. Dah macam kek buahlah SB, nampak lembab.....Mak baru berangan nak buat kek hari ni. Hari tu beli tepung Vanila belum berusik lagi weyh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lebih kurang sama jugak spesis kek buah tu,Okje. Cuma cara buat tu tersangat lah senang.
      Tepung kek vanila tu utk kek span ke?..

      Padam
  9. Aduh.... sedapnya nampak! Saya bab2 nak membaking ni memang belum pandai.... huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Takpa..bertatih duluan itu pasti dan perlu sedikit usaha..

      Padam

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih