Saltcheese lapis tabur nestum atas..

Salam sejahtera. Asal Sabtu Ahad, sunyi sepi blog cik ahkak. Almaklumlah, cuti hujung minggu katanya.. Yooletewww, cuti la sangat..kuikuikuii!! Cik ahkak duk rumah okey, no cuti cuti dah.. tunggu task online atau tempahan kek ada, baru lah cik ahkak keja macam nak rak. Haaaa.. itulah kelebihan surirumah sepenuh masa, dik. Jangan pandang rendah tau ngan dorang surirumah ni.  Dia duk diam diam cenggitu, jangan ingat dorang takda side income, atau membebankan cik somi yang bekerja.   Nak kata ribu riban dapat setiap kurun, memang TAKDA..diingatkan semula, memang TAKDA..kalau tak berusaha.. Power ayat last tu.
Ni saja nak menyemak blog sekali lagi. cik ahkak buat non baked cheese cake.  Resepi nya mudah saja. Taip kat Pakcik Google, Cheese cake roti marie..haaa tu diaa cik ahkak derhaka lagi kat resepi . Tukarkan saja roti marie tu dengan biskut Saltcheese. Bila dah siap susun, tabur nestum dan simpan dalam peti ais 3-4 jam.  Kalau tak sabar jugak, nak telan kinek kinek (kata orang Srawak), haaaa antam jak sia makan cheese cake lembik ko..
Ini biskut yang cik ahkak katakan tu. Sebungkus pon kira dah cukup.  Nak banyak hasil, kena double kan sukatan bahan.
Kita main-main susun satu satu gitu, lapisan demi lapisan dan ratakan.  Kena ingat, loyang atau bekas yang digunakan mestilah di lapik dengan foil supaya memudahkan kerja nak mengeluarkan kek tu nanti dari bekas.  Nak main cedok sukati lah, dik.
Bila dah habis melapis, taburkan nestum. Kalau nak halus, boleh la dikisar duluan. Kes cik ahkak ni main tabur saja, malas nak blend bagai.
Sila abaikan kecomotan yang terserlah, yang penting sedap. Kan dari awal tadi cik ahkak cakap, alas loyang tu dengan foil untuk memudahkan kerja memotong.  Tengok hasilnya, bila dah keras sikit, angkat foil tu keluar dari loyang dan potong. Senang kerja cik ahkak. Sekian




10 ulasan:

  1. RESEPI MUDH N SEDAPTU SUE BOLEH DICUBA NI TKSH

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ur welcome kak PI. Simple dan biasa biasa saja

      Padam
  2. nk kene try cari jgk lah biskut saltcheese nih kt semenanjung mcm tak penah nampak hehehe... menggod nya lah nengok bila dh susun2 n potong tuh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Moga berjaya dalam pencarian biskut saltcheese ni, NM dan selamat mencuba

      Padam
  3. oiit cik ahkak, sedapnya tu meleleh..
    dibakar ke disejukkan tu?
    tengok macam senang jer, guna biskut marie pun boleh ek?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kak KB, Cik ahkak guna resepi yg diadaptasikan dari resepi kek chesse biskut marie tu..hahaaa..main letak dlm esbok ja tu..hahaa

      Padam
  4. sedapnya..meleleh cheesenya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saltcheese leleh belum penah buat lagi ni, Nohas. Nak ikut cara macam ni pon okey cuma tak perlu letak dalam peti sejuk

      Padam
  5. Nampak mudah..nampak sedap jer...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang mudah ni SA. tak berlu baking skill :)

      Padam

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih