Sayur midin dan kulat

Salam sejahtera. Tajuk agak ke laut, ulang sekali lagi, agak  ke laut. Almaklumlah esok hari Sabtu, lusa pulak hari Ahad. Of course la hari Ahad, mana da lompat jadi hari Isnin. Minggu depan anak-anak cuti sekolah, yiihuuu!!.. boleh la buat taik mata lebih sikit.  Ni nak share gambar masakan cik ahkak yang sedang ke laut, sayur midin dan kulat.  Sayur midin aka paku merah, sedap dik oiii, tumis belacan campur ngan kulat putih atau apa jenis kulat bukan bekulat, okey!! Tak perlu resepi lemak pedas ke apa.. tumis bawang dan belacan tumbuk sebagai bumbu dah cukup elok. Dengar khabar kata makcik-makcik jiran seberang sungai sebelah kampung tu cakap, sayur midin ni agak berangin sikit.  Bukan angin kantoi ke apa, tapi maksudnya tak boleh selalu sangat di makan nanti badan berangin.  Adik-adik tengah berpantang lepas beranak tu jangan amalkan dulu makan sayuran sedap ni.  Okeylah, cik ahkak dah cuti dan blog agak ke laut sikit.  Selamat berhujung minggu semua.  Sekian

4 ulasan:

  1. Balasan
    1. Hi SA..mesti penah makan sayur midin ni,kan

      Padam
  2. Dua-dua sayur favourite saya.hihi. ada lagi satu.pucuk ubi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi,NM.. Aisehhh,kira feveret lah ni. Pucuk ubi mmg sedap jugak kalau tumis belacan atau buat ulam ulaman

      Padam

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih