Soft White Bread


Salam sejahtera.  Cik ahkak tetiba kena serang angin "R".. tu dia hasil nya.  Dua mini soft white bread.  Kiut lah eeeeii, tak sampai hati nak potong dan makan.  Ni nak share resepi mudah soft white bread aka sandwich bread.  Bahan tak banyak digunakan cuma perlu kental hati lah nak menguli.  Soft white bread ni betul-betul lembut.  Dari banyak-banyak koleksi sandwich bread cik ahkak, ni la satu-satunya resepi bread yang mantop.  Entry tertunggak masa BM cik ahkak nyawa-nyawa ikan.  Jadi apa salah nya cik ahkak uli guna tangan sebab nak mengembalikan semula otot otot sado kering cekeding sekeping...kuikuikuii!!  Selamat mencuba.

1 cawan air suam
2 sudu teh yis kering
3 sudu makan gula
Sesuku (1/4) cawan shortening / lelemak sayuran
1 sudu teh garam
3 cawan tepung gandum

Dalam bekas, satukan air suam, yis, gula dan shortening.  Kacau kan dan tutup bekas, biarkan selama 6-12 minit atau hingga yis berbuih.  Masukkan tepung dan garam.  Uli hingga sebati dan doh tak lekat pada jari.  Tutup doh dan biarkan selama 20-30 minit.  Bila saiz nya mengembang dah, uli sekali lagi.  Masukkan ke dalam loyang bread, tutup dan biarkan lagi selama 15 minit.  Panaskan oven dulu dan barulah masukkan loyang bread tadi. Suhu pula bergantung pada oven masing-masing.
 
Memang betul la gelaran soft white bread ni.  Selain dari warna bread nya agak putih kerana tiada penggunaan telur kat situ, ianya lembut.  Bebudak suka pulak makan kosong macam tu saja.  Tapi maknya lebih-lebih lagi buat sandwich mini dari daging ayam panggang dan caramelized onion.
Mimpi siang hari cik ahkak nak masuk Masterchef ostoria, dik ooii.. Kekite jadi masterchef kat dapur sendiri lagi bagus.  Sekian.



12 ulasan:

  1. cantik hasilnya sue...gebu gebas kamek lihat tok... kompom soft dan sedap...ihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Polah jak sigek, Atie..hihii..senang bha iya. Ko pun pande molah

      Padam
  2. ROTI SELF MADE MMG SEDAP SUE..BOLEH CUBA RESEPI SUE..TQ

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tau tak pa kak PI..selain dari pada tu kebersihan nya memang terjamin sebab sendiri yang buat

      Padam
  3. rajin cik Sue ni meroti, kaknoor sekarang ni mmg jarang dah meroti
    dulu2 je roti sarang lebah lepas no more roti hahaha

    BalasPadam
  4. nampak cantik gebu jer tu... puas hati lah camtu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Gitulah kejadiannya, kak. Cukup uli dan rehat doh nya

      Padam
  5. Sedak ehhhh...... teringat Dato Vida punya IG dia kalau makan sedak eh manjang hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedak tak sedak dengar cik ahkak sebut nak jadik mastercep ostoria tu, Okje?hahaaa

      Padam

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih