Sotong Sambal Simple

Salam sejahtera.  Suka makan sotong?.. Cik ahkak suka makan sotong kalau masak sambal.  Nak buat sotong sambal tu punya lah senang, dik.  Kalau nak ikut resepi simple cik ahkak ni dipersilakan cuba.  Tak ngam dengan rasa anak tekak?.. Takpa, lenkali boleh cuba resepi lain..hihiii!!

200gm Sotong - dibersihkan dan potong ( Cik ahkak lebih gemar sotong frozen)
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 sudu makan Pes cili Adabi
1 sudu teh Pes asam jawa Adabi
Garam cukup rasa

Kisar halus semua jenis bawang tu.  Panaskan minyak dan tumis bawang kisar hingga naik bau wanginya.  Masukkan pes cili dan pes asam jawa, gaul rata dan masukkan sotong.  Masak selama 3-4 minit dan sambal agak kering sikit, baru lah boleh perasa dengan garam sikit.  Sotong ni tak boleh masak lama sangat, nanti liat.  Sekian.

10 ulasan:

  1. Sambal sotong macam ini kelau kena dgn nasi lemak aduhai sedapnya SB. Dgn nasi putih ulam dgn timun pun sedap juga:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kak Zakie, selera kita memang sama. nasik lemak berlauk ngan sotong sedap banding ngan ayam goreng.

      Padam
  2. Terliur tgk sambal sutun SB ni,
    kat umah saya lamaaaaa xbuat/xmasak/xmkn sutun sejak en.husband kena gout....telan ayaq liuq ja la huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waduh, sian PG, sbb cik somi gout, kna tahan selera tgk sutun. Nak buat mcm mn lah kan. Tabah je hati.

      Padam
  3. sedapnya..mkn dgn nasi panas2, mmg licin ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Licin pinggan nasik dan pinggan lauk tu, Nohas

      Padam
  4. Senang pun senangkan SB.....cepat je dah boleh makan haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sila sila tambah nasik,jangan segan..SB belanja resepi

      Padam

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih