Tutorial Buat Kitkat Cake

Salam sejahtera.  Birthday boy cik ahkak, dia dapat KitKat Cake yang kecil cinonet macam orangnya jugak .  Maknya remaja purba kala baru jugak belajar buat KitKat Cake ni. Agak mudah sebenarnya jika anda guna kek span berbanding menggunakan lapisan aiskrim bersama kek span seperti kebanyakan KitKat Cake biasa kita temui kat internet. Permintaan Kak Noor sayang, nak resepinya.  Cik ahkak bagi tutorial ni pon boleh, ye kak Noor.. Ya ampun, gambar tutorial cik ahkak dari kamera hengpong so tak berapa terang seperti gambar di atas.  Mohon kecilkan mata bila nengok, ya.. hihiii!!..
Memula sediakan coklat ganache.  Cik ahkak guna coklat masakan, shortening dan susu cair.  Masak guna kaedah double-boiler.  Sejukkan dan kacau hingga adunan pekat dan agak berkilat.
Bahan utama hiasan kek.. yang ni cik ahkak beli sepaket besar KitKat dan sebungkus M&Ms..jumlah harga barang untuk 2 jenis ni ada lah dalam RM15.  Lagi besar saiz kek, lagi banyak kena sediakan benda ni.  Belum lagi kira yang masuk mulut cik ahkak secara tak rasminya..heheee!!
Potong kek span (cik ahkak guna kek span vanila) ikut saiz dikehendaki.  Kalau tak cukup tinggi, lapiskan setelah di sapu dengan coklat ganache sikit.  Salut luaran kek tu rata-rata, kiri kanan depan belakang dan atas.  Ni kira sebagai 'gam' kepada kitkat tu nanti.
Tunggu apa lagi, lekat kan KitKat tu sekeliling kek tadi sementara coklat ganache tu belum mengeras.  Bila dah set pada tempatnya, boleh lah diikat reben sekeliling KitKat tu.  Reben terpulang pada citarasa masing-masing, nak besar ke kecik.
Agak menggoda jugak lah si M&Ms ni kan.  Sambil memain ikat reben, sempat jugak 4-5 bijik melayang masuk mulut..hihihiiii.. apa daaa!..  Tuangkan benda sedap ni atas kek tadi, dah pon siappp!!..
Tuuu diaaa.. isi dalam kek KitKat cik ahkak. Kek span vanila biasa je, beb.. Abaikan sapuan coklat ganache yang tak rata tu.  Cara penyediaan yang agak simple dan senang untuk di buat sendiri kat rumah. Sini cik ahkak nak kongsi tips sikit.  Seeloknya, bila kek ni dah nak di 'tayang'kan ..baru bubuh M&Ms kat atasnya.  Jika awal sangat letak, nanti M&Ms tu akan lembab dan melekat antara satu sama lain.  KitKat Cake ni tahan jika di simpan dalam peti sejuk. Jadi selamat meng KitKat kekiterr, sekian. 







14 ulasan:

  1. Oh.... kek yg base tu guna kek ready ye SB
    Menarik juga idea SB ni. Nampak cantik:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, kakZakie. SB sediakan kek span tu sehari lebih awal dan potong ikut saiz diperlukan. Mudah saja,kan

      Padam
  2. TUTORIAL YG MUDAH DIIKUTI TQ SUE..

    BalasPadam
  3. Balasan
    1. Apa tak acinya PB..lagi senang keja mak, tak payah baking kek bagai.. betul tak?betul tak?..hihii..

      Padam
  4. Wah terirmakasih Sue alahaiii susah2 je kan
    Nantilah bila kaknoor senang dan banyak waktu nk try
    Salute lah Sue mmg hebat siap ada tutorial lagi
    Tak susah pun kalau guna readymade
    Cuma tengok tahap kerajinan or kemalasan saja lgi
    Hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ur welcome..dgn cara tu kita nak memudahkan langkah2 penyediaan tu kak Noor. Sesangat senang dan jimat masa. Selamat mencuba

      Padam
  5. Sy suka blog masakan mcm kak sue ni sebab perkongsian ikhlas mmg senang nak faham, siap tutorial step by step...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tq NM..ahkak baru jugak nak betatih belajar baking,dik. Kita share yg elok-elok utk tatapan semua pembaca

      Padam
  6. Ahah! Saya dah baca tentang Kitkat cake ni quite lama tapi dok fikir macamana nak buat nih sebabnya yang saya baca (dan saved) tu guna aiskrim neopolitan. Saya memang nak buat tapi tengah dok fikir macamana nak menghabiskan kek ni bila dah siap! Kek aiskrim katanya, dahlah manis.

    Eh, tak boleh tahanlah ni! Memang nak kena buat juga. Pakai kek span beli sudah ~_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. haaa..tau takpa,MD. guna kek span lagi kek tahan..kalo aiskrim bagai, cair cepat almaklumlah bkn negara omputeh..

      Padam
  7. Suka tengok kek macam ni, cute, bebudak mesti suka, nice sharing :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. TQ, MD..yang penting bebudak suka tengok dan makan habis licin semua kitkat dengan keknya sekali

      Padam

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih