Agar-agar Bandung

jelly
Salam sejahtera.  Cik ahkak semenjak duamenjak ni asyik sapu sawang dalam blog.  Ni dah timbul balik dengan agar-agar bandung yang super simple, sedap di hidang sejuk.  Sukatan gula tu, kalau nak manis, boleh lah ditambah.  Tapi bagi tekak cik ahkak yang suam suam kuku ni, suka lagi agar-agar kurang manis.

¼ sudu teh esen ros
Sedikit pewarna merah
1 liter air
25gm agar-agar tali
120gm gula
180ml susu cair


Rebus agar-agar bersama 1 liter air dan gula hingga hancur, sentiasa dikacau.  Tapis kan air rebusan.  Masukkan esen ros, susu cair dan pewarna merah. Campur sebati dan tuangkan ke dalam bekas.  Sejukkan sebelum dipotong.

Cik ahkak terhegeh-hegeh potong agar-agar bandung ni guna pisau plastik bergerigi, biar nampak cantik sikit. Tak mahal pon dalam 3 hengget saja rega pisau tu, dik.  Nak guna pisau potong bawang atau daging pon sukati lah.  Sekian

18 ulasan:

  1. cantiknya... mkn lak sejuk2 lg sedap...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Simpan lam esbok sejam dua pon dah cukup sejuk untuk tekak, NM :)

      Padam
  2. Samalah dengan CH ni Sue Bee..
    Suka yang manis2 buah gitew..
    Tu yg menyuap kat mulut jadi lupa..
    Dah 10 kali suap hahahha..

    BalasPadam
  3. Balasan
    1. Time pepetang panas-panas gitu, memang cun pekena agar-agar sejuk, Nohas

      Padam
  4. Warna nya pun dah buat hati teringin nak merasa Sue nyaman tuh!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Suka pink kaler,tau..heheheee!!..

      Padam
  5. Potong cantik-cantik bila masuk pinggan baru menggoda mata dan berselera lebih SB:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Banyak masa terluang SB untuk potong macam tu, kakZakie. Tapi bila nak express, mimpi saja nak cari pisau gerigi tu.

      Padam
  6. Cuaca panas ,ada agar2 bandung sejuk ni..sedapnya Sue.

    BalasPadam
  7. Pekena agar-agar masa hari yang panas, perfect.

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih