Cara Buat Perut Ayam

Salam sejahtera. Cara buat perut ayam?.. Ayam dah ada perut pon masih nak buat lagi ke?.  Okey, cik ahkak nak explain sikit.  Istilah perut ayam yang cik ahkak maksudkan ialah biskut goreng je pong.. Hahahaaaa!!.. sila gelak ramai-ramai, suspen dan tak lawak,kan.  Mohon bersabar bila nengok tutorial cik ahkak ni.
Cik ahkak nak share tutorial atau cara buat perut ayam ni. Punya la senang, dik. Jum kita ringankan kaki dan tangan masuk dapo, carik bahan yang paling asas dan sepatutnya memang sedia ada dalam kabinet buku .  Memula tu, kita kena sediakan mesin pasta atau mesin mi bagi memudahkan kerja mencanai dan memotong doh tu nanti.  Kalau tak mesin pasta, pasrah je lah guna penggiling dan pisau untuk memotong doh tu nanti.
1 kilogram tepung dan 10 sudu makan majerin di ramas sebati hingga hingga jadi seperti serbuk roti. 
1 kotak santan, setengah cawan gula, sebiji telur gred A dan  suku cawan air di satukan, kacau sebati hingga gula larut dalam mangkuk berasingan. 
Tuang campuran santan tadi ke dalam tepung dan mulakan proses menguli hingga menjadi doh yang tidak melekat pada tangan.

Yang ni cik ahkak uli guna tangan.  Ada pon fungsi bread maker cik ahkak untuk uli doh, tapi cik ahkak saja nak try test cuba muscle cekeding ni jugak..hahahaa!! Sado la sangat.. muntah hijo mak jappp .
Serahkan tugas mencanai nipis doh ni pada mesin pasta cik ahkak.  Nak guna penggiling kayu pon boleh asalkan hati kental.
Guna bahagian pemotong mi (saiz kueh tiaw)  untuk menghasilkan jalur-jalur macam yang cik ahkak buat
Lipat ala-ala prezel dan boleh lah digoreng hingga golden brown, tos dan simpan dalam bekas kedap udara

18 ulasan:

  1. Wah nampak sedap..psst..SA pnh mkn perut ayam...sedap tul goreng garing...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi SA.. perut ayam ori ke kuih goreng?..

      Padam
  2. Betul macam usus ayam tu SB
    Tapi yg ini lagi special cantik ususnya berbentuk pritzel:)
    Kalau tabur gula castor pun sedap ni:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Perut ayam ni memang dah rasa manis lemak-lemak gitu, kakZakie.. sedap pekena teh panas secawan

      Padam
  3. Balasan
    1. perut ayam buatan tangan manusia tu FR :)

      Padam
  4. hehehehe ingat perut ayam betul...
    tertipu i

    BalasPadam
    Balasan
    1. Heheee... biskut goreng je, NM..

      Padam
  5. nampak macam senang ajer nak buat tp akak takde mesin pasta tu. malaslah nak potong2..hentam kromo beraneka bentuk boleh kot ek, SB?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terpulang,kak KB..asal giling nipis,terap saja dengan cookie cutter. Kalau tebal ianya tak rangup

      Padam
  6. kamek ingat betul2 perut ayam tu di buat keropok.. ahahha.. sedap ni sue.. makan2 sik sedar habis sebalang.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Perut ayam sik ori, atie..hahaa!!. Tok kira kedak snack/jajan juak.

      Padam
  7. resepi yg menarik cik akak. bole la kita try nanti ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup, NW. Punyalah senang buat tu.

      Padam
  8. Pertama kali dengar nama dia perut ayam SB.... Kat sini panggil apa ek...Pagoda kot rasanya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biskut goreng versi klasik,, pretzel tu stail omputeh punya

      Padam

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih