Cerita limau

Salam sejahtera.  Cerita limau cik ahkak kali ni, bukan kek lapis ke besikut atau lauk.  Pokok limau depan rumah tu tengah berbuah lebat.  Mohon sesiapa berminat boleh datang dan borong sepokok, ya..hihiii.  Terlebih buah pulak kali ni hinggakan stok limau dalam esbok tak pernah habis.  Harap sampai bila bila la berbuah lebat gitu.
Sayang jugak nengok kalau simpan lama-lama nanti busuk mereput .  Cik ahkak dilanda angin R maha besar, dapat jugak lah sebotol besar jus limau ni setelah di potong dan diperah lepas tu tapis masuk dalam botol kaca.  Simpan dalam esbok dan boleh lah dibuat air limau atau pencicah dan tambah dalam sambal ke apa.  Tengok macam mana cik ahkak bedah limau tu.  Potong hujung buah limau, bukan ditengah-tengah, kenapa?.  Ini nak mengelakkan kita terpotong biji limau.  Tau saja biji limau tu kan pahit.  Kita tak mo jus limau rasa pahit, jadi potong lah ikut stail cik ahkak tu, okey. Sekian dan selamat me ' limau' kekite..

22 ulasan:

  1. Alaaa... jauh lah pulak nak datang minta buah limau.. Hehehe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi FR..kan seberang jalan ke tak pa jugak,dekat..

      Padam
  2. kalau dekat, mau kita datang tolong kutip buah limau

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aaa..Angkat ngan pokok sekali, AI.. Lebat buahnya tu

      Padam
  3. waaaah sodap tuh kak....
    limau ni mmg ada musim nya kadang time lebat mmg sampai tak terabis2... nnti bile musim dia takmo buah kecik2 je yg kuar kak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mmg betul tu,NM. Bila dah musim tak mak berbuah, carik org bjual limau jawapnya.tu pon jual mahai pastu saiznya mcm limau tak cukup umo.

      Padam
  4. Sue banyaknyaa..Kalau dekat boleh mintak sikit.Akak selalu ada je limau kasturi dalam aisbox tapi skg ni kehabisan stok pulak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalo SB sentiasa ada limau dalam esbok. kali ni terlampau byk la pulak berbuah, menjadi sesangat.

      Padam
  5. RAJIN SUE PERAH JUS SIMPAN ESBOX MESTI BNYK SGT LIMAU TU

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sayang nengok limau tu layu dan buruk gitu saja, kak PI. La ni 2 bekas penuh ngan jus limau perah tu

      Padam
  6. ahahha..klu dekat sudah lama ku rembat sepokok.. mesti ada limau ni dlm esbok.. hihi.. bagus juga sue buat mcm ni kan...perah siap2 then simpan.. bila2 masa nak guna tinggal tuang...hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. borong angkat terus ngan pokok sikpa, janji ko antar balit pokok limau kamek iya..wakakakaa!!.. Kena simpan dlm esbok 24 jam tu baru tahan lama, Atie. Kalau nak cedok pon, kena guna sudu bersih dan kering

      Padam
  7. SB,
    Ada org buat jeruk limau kasturi.Tp saya x pandai...kalau buat jus limau kasturi asam boi sedap la hihi...banyak sangat buahnya..kalau dekat mau gak pi minta 10biji buat sambal kikiii

    BalasPadam
    Balasan
    1. sikit 10 biji tu PG.. Jeruk limau, hhrrmm..bagus jugak idea tu, tunggu SB gi godek tenet carik resepi.

      Padam
  8. Bagus jugak idea awak tu SB....kadang kadang beli limau sampai kering dalam esbok hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Makaseh,Okje..limau kering majuk sbb tak dimakan tuh ^_^

      Padam
  9. Oh tips yg bagus tu SB..takde lah limau membusuk ajer sbb akak selalu terlupa kewujudannya dlm petiais ^o^..

    Musim panas agaknya kat sana SB tu sbb dia galak berbuah!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak jugak musim panas ni kak KB..kejap hujan kejap panas..

      Padam
  10. http://madey09.blogspot.my/
    hebat blog resipi ini..tahnia ya

    BalasPadam
  11. Kalau dekat boleh juga minta sepokok terus ^_^

    Oh, baru tau! Lain kali kita potong limau style gini supaya takdalah pahit biji tu terasa yerk!

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih