Lauk Nangka Muda

Salam sejahtera.  Cik ahkak masak simple-simple gitu, lauk nangka muda.  Sesuai la sangat dengan anak tekak remaja purba.  Tumis dengan bawang putih dan belacan tumbuk saja dah cukup untuk menyedapkan masakan nangka muda ni.  Nak masak lomak, kang nanti lompat-lompat kanak-kanak riang silemak bergayut kat kiri kanan atas bawah depan belakang badan..sobsobsob!!..
Lauk nangka muda, gandingkan dengan ikan tongkol goreng kosong, atau cicah dengan sambal kicap.  Perasan tak bekas ikan tongkol goreng tu?.. Tu tudung mangkuk laa.. sila gelak ramai-ramai, bukan kes tak cukup pinggan lauk.  Tangkap muat, benda tu je yang ada paling dekat ngan kuali, cekup saja lah dik oii!!.. Cukuplah lauk tu untuk makan tengahari ke malam.  Bukan kena angin M, okay.. Kekite nak lauk simple, mudah masak, cepat siap, cepat makan, cepat habis..pas tu boleh la rehat kekenyangan sambil nengok tv goyang kaki.  Kejap lagi boleh lah buat kerja-kerja rumah yang terbengkalai.  Kalau nak sediakan  lauk dah sekian setengah hari kat dapo, bila lagi la nak makan.  Meraung tak berlagu lah perut cik ahkak.  Sekian.

25 ulasan:

  1. Sy ni memang tak pndai la makan nangka ni dibuat lauk..mkn begitu saja suka...tp masih pantang lagi.huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan, PK.. pantang lama sikit kalo nak makan nangka lepas beranak ni, kena hati-hati.

      Padam
  2. Tumis dengan belacan ajer, SB. Akak tak pernah makan macam gitu tau. Rebus cicah dengan sambal belacan ke, letak kuah kacang buat pecal ke, ada lah!

    Ye lah lain negeri, lain cara masakannya, kan. Lagi mau tanya2 hihi...jgn marah!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Heheee.. tanya jak lah apa-apa kak KB. Ni je masakan tumis belacan yang kira sedap..belum lagi masak lemak cili padi.

      Padam
  3. mak aiii kamek suka sayur nangka..tapi sllu masak santan sue.. sik pernah masak mcm ni lagi..boleh cuba nti...ikan tongkol peberet jg mkn cecah sambal kicap. ko juga paling rock sueee... tudung mangkuk letak ikan.. hahaha..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Komen lawak ko Atie,, sa tak tau sa ni rock kapak kooo!!!..Hahahaa!! Antam jak tudung mangkuk janji ada

      Padam
  4. Boleh buat cara sue masak nangka ni...ringkas je kan.Kalau akak mesti masak ringkas sebab kalau masak sayur ni pasti makan sorang.
    Tudung mangkuk pun ok juga sue...tak nampak kelainan pun.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang ringkas masakan lauk nangka muda SB tu kak SI. Tudung mangkuk tu menyamar jadi pinggan jap..hihi

      Padam
  5. sedap tuh.... simple tp boleh mkn bertambah hehehe...

    BalasPadam
  6. SEDAP SGT TU SUE KALAU SAPA LALU KAT BLKG MMG X NAMPAK HEH HEH

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi, kak PI. Muka dok tunduk mengadap lauk, mana nak sedar..hihii

      Padam
  7. Betul ini bukan angin M sebab kalau tak rajin tak terhidang lauk-pauk tu. Kakak suka nangka muda masak gulai:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tau tak pa, kak Zakie. Masak gulai tu gimana ya?..hhrrmm

      Padam
  8. Betul tu SB..... yg penting cepat siapnya...mak pun malas weyh duk lama lama kat dapur. Jarang sangat beli nangka, masak apatah lagi tapi kalau suruh makan suka aje hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaa..kan Okje. SB ni bukan jenis yg rimas duduk dapo lama lama,tapi keja lain dok terpanggil panggil..

      Padam
  9. Balasan
    1. Aa.aah,Nohas. SB mmg minat mkn sayur cenggini

      Padam
  10. tak reti makan nangka bila jadi lauk. hihi. Tapi ikan tongkol tu memang my fav :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Buah nangka masak tentu NW penah makan kan.

      Padam
  11. pergh...masuk sini mesti lapar terus hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Power gambar lauk tu,sampai buat Suki lapo..hihihi..

      Padam
  12. Ikan goreng simple tu yang tahan buat lapar! Kalau hari bekerja ni, saya memang masak sesimple bolehlah sebab nak makan cepat-cepat, nanti hari dah malam!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Faham sesangat situasi ibu ibu berkerjaya dlm pada masa yg sama kena bahagi masa utk tugasan kat rumah.

      Padam
  13. Kalau kt Penang ni,selalu buat gulai ikan kering atau boh ikan bilis jer SB.
    Suka mkn nangka/gulai nangka..tp xleh mkn banyak.Anginnnn..mkn amek rasa jer.
    Terliur plak tgk hidangan SB ni

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih