Ayam 2 Kali Masak

..baru boleh makan.  Kalau cik ahkak ni yang tengah kebulur nak masak ayam sampai 2 kali baru boleh makan, nanges tak berlagu la jawapnya.  Siap merangkak lagi ke periuk nasik..kehkehkehh!! Apa daa burok punya perangai mak.  Disebabkan free sesangat pastu tambah lagi suka melepak kat dapur, ni lah hasilnya.  Lagi satu gara-gara tak terlepas nengok episod Masterchef Australia tek kunun..

Rempah salutan tu, cik ahkak guna lada hitam, jintan manis, jintan putih, serbuk cili, garam kasar dan serbuk lada putih.  Tumbuk lumat pastu lumur kat ayam.  Panaskan kuali non stick, letak satu sudu makan butter, goreng kejap hingga kekuningan dan balikkan.
Hirisan carrot dan bawang besar tu masukkan ke dalam loyang dan masukkan ayam yang digoreng sebentar tadi.
Tutup guna foil dan masukkan ke dalam pre heated oven, bakar selama 50 minit,  220C dan guna api atas bawah.  Bila dah masak,  keluarkan jus, masukkan ke dalam non stick frying pan dan bubuh sedikit bancuhan air tepung jagung kasi pekat.  Curahkan gravy tadi ke atas ayam tu.  Sudah siap dan sedia untuk dihidangkan.  FYI, lepas ni cik ahkak menghilangkan diri kejap dari blogging. Sekian.

17 ulasan:

  1. wahhhh..sangat sedap nengok ayam tu sueee...jarang dpt makan ayam begini dek kerana ketidakpandaian ku.. hahaha..senang2 refer sini jak nti...
    ** nak menghilang ke mana tu?? cuti2 obersea kah sueee...nak ikuttttt :P

    BalasPadam
    Balasan
    1. Main tunjuk jak bha, atie..hahaa..
      Anak cuti,blog cuti juak bha. Kelak update di fb,seney tuju cik ahkak..😂

      Padam
  2. Masak sampai dua kali. Terjamin masak kuar dalam 😍

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aa..ahh..memang betul tu. Rasa rempah kompom meresap kedlm daging

      Padam
  3. kalau mak Unni ayam memamg wajib masak 2 kali..kena rebus dulu baru buat masak apa y kita nak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu masak luar dan dalam mmg terjamin :)

      Padam
  4. Wah....ayam diet ni nampaknya. Takkan lepas masak ayam diet ni terus nak mwnghilang kot....Alaaaa, cammon le...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Diet tolak tepi, OKje. SB hilang kejap saja, tak lama ada lah dalam 2-3 minggu lepas ni

      Padam
  5. tak kisah lah Sue berapa kali masak asalkan sedappp kan
    nampak pun dah tau sedap tuuu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan kak Noor..rasa rempah meresap ke dalam rasa daging

      Padam
  6. msti sedap moist je ayamnya kan... tp tang msk 2 kali tu yg mls

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak lama tu NM.. dalam sejam lebih baru dapat makan..kihkihkihh..

      Padam
  7. Stail masakan omputih lah ni. Dia orang suka goreng kejap, pas tu lebur kat oven.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mmg style dorang ni PH..kalo versi kita, susah jumpa cara macam ni. selalunya sekali masak sampai lebur. :)

      Padam
  8. terbayang gravy pekat dicurahkan ke atas paha ayam yang seksi tu hehe ... mujur tak tunjuk gambar ayam dah siap, kalau tak mau ada yang buat balik umah kang :D

    BalasPadam
  9. Rajinnya masak 2 kali. Kalau saya masak sekali je, lapar tengok ayam lama2 :p

    http://www.fatindays.com

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih