Chocolate Cupcake with Cream Cheese Topping

Salam sejahtera.  Dan lagi entry cupcakes cik ahkak belum sampai ke penghujungnya.  Sawan cupcakes ke apa?. Saja nak share dalam blog yang makin suram dari hari ke hari,  esok-esok boleh lah buat rujukan sendiri.
Sempurna naik kejadiannya.  Bukan riak ke apa, tapi bila tengok hasil keras tangan menjadi, sapa tak seronok. Chocolate cupcake ni kaya rasa koko kerana penggunaan serbuk koko dan pes coklat.  Sedap dimakan begitu saja ala-ala iklan Gardenia. Cupcake baru keluar dari oven di sejukkan dahulu atas redai kek atau biar gitu saja dalam acuannya pon boleh.  Jum tengok resepi mudah cupcake cik ahkak ni.


1¼ cawan tepung kek
2 sudu makan serbuk koko
 sudu teh baking powder
½ sudu teh bikarbonat soda
½ sudu teh garam
1 sudu teh pes coklat
2 biji telur gred A
½ cawan gula kastor
½ cawan minyak masak
½ cawan susu cair
Ayak tepung, serbuk koko, baking powder, bikarbonat soda dan garam.
Pukul telur selama 20 saat dan masukkan gula, tukar kelajuan kepada sederhana dan pukul selama 30 saat.
Masukkan minyak, pukul sebati sebentar.  Diikuti dengan tepung di selangselikan dengan susu cair. 
Masuk pes coklat dan gaul sebati. Rehatkan adunan selama 5 minit.  Isi hingga ¾ penuh ke dalam papercup.  Bakar pada suhu 140°C selama 15-20 minit atau bergantung pada oven masing-masing.

Topping Cream Cheese
250gm cheese Tatura
100ml fresh cream
½ cawan gula kastor (kisar halus)
Pukul fresh cream hingga sedikit berbuih dan pekat. Dalam bekas lain, pukul cream cheese dan gula hingga berkrim kemudian masukkan fresh cream tadi.  Pukul hingga sebati (jangan terlalu lama) dan bertanduk.  Paipkan ke atas cupcake coklat yang telah disejukkan.

 Cream cheese topping yang memang sedap digandingkan bersama coklat cupcake.  Diet tak makan kek tolak tepi dulu, yang penting sedap weyyhh!.. Sekian.


18 ulasan:

  1. CANTIK SGT CUPCAKE SU NI...NK JE SEKETUL

    BalasPadam
    Balasan
    1. Makaseh kak PI..kaya dengan rasa coklat tu..yummss

      Padam
  2. Fuhhh, sedap nih SB! Lawan dengan kopi panas,.. :)

    BalasPadam
  3. wahh.. sedappnyaa. geram tgk topping dia tu. ;D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Topping krim cheese simple mmg sedap kalau campur dgn fresh cream

      Padam
  4. alahaiii..sedapnya coklat cupcake... suka sangat klu berasaskan coklat2 ni sue... nanti mo try lahklu kerajinan datang...hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Coklat ni mmg feveret sepanjang zaman SB. Cuba saja buat..adunan tu hasilkan 12 biji saiz standard

      Padam
  5. Orang kalau dah pakar baking, memang rasa dia tak pandai buat kek tau SB....Nyampah tau....Habis tu selama ni yg mcm mcm kek awak buat dan duk tunjuk kat kitaorang tu apa SB?

    BalasPadam
    Balasan
    1. SB masih dalam proses belajar baking ni, OKje. Nak gi kelas memasak bagai tu mmg tak larat. 😂😂

      Padam
  6. Yelah.. kalau kakak pun tak tahan suruh diet kalau kek menggoda macam ini dah depan mata. Mana boleh jadi tengok aje kan SB:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Diet lain masih dpt SB tahan,kakZakie..tapi diet tak boleh mkn kek ni yg tak leh nak tolak

      Padam

  7. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto, musik, video, film dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis

    BalasPadam
  8. Ish, untungnya kalau anak-anak saya ada mak serajin SB ni. Dapat kat saya, semua pun belilah jawabnya. Tak kuasa nak duduk lama-lama di dapur buat itu, ini. Hahaha!

    Coklat ni saya tak berapa suka. Sesekali merasa okeylah buat hilang kempunan katanya. Tapi bab cheese, ish janganlah sebut depan saya! Bergelora jiwa raga tau bila dengar 'cheese' ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Gitulah MD, sampai anak2 kekadang naik muak jadinya. Agaknya dapo SB tu ada magnet, tu yang boleh lekat lama-lama dalam dapo..hahaa!!. cheese tu satu hal, diet tak diet tak peduli dah.

      Padam
  9. Balasan
    1. Adalkan coklat, buat ja apa-apa jenis kek, mmg sedap

      Padam

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih