Hiasan Kek dari Fondant

Rasa macam dah bertahun  tak bermain dengan fondant..
Salam sejahtera.  Ni antara hasil keras tangan cik ahkak masa memula main fondant lama dulu.  Mungkin ada yang kering idea untuk hias kek menggunakan fondant, so cik ahkak nak kongsi gambar resepi sikit untuk rujukan. Hiasan simple macam ni sesuai untuk kek bersaiz kurang dari 6 inci.
Semua hiasan tu main terap, gulung-gulung dan gentel-gentel bulat je dik.  Disamping tu, warna juga memainkan peranan penting, harus ingat..heheehehee!
Yang ni agak 'senang' positive thinking,okay.. nak buat bunga ros dari fondant.  Tapi ia merupakan salah satu terapi kesabaran cik ahkak sebenarnya.  Polka dot merah tu main terap guna cookie cutter.
Abaikan bentuk pinggan yang cik ahkak guna tu.  Trademark katanya..jangan ada sesiapa yang berani ttuutttt!!..  Bunga ros fondant ni cik ahkak pon tak kira berapa helai kelopak, tapi ambil masa jugak nak menghabis satu kuntum ni.
Menggunakan teknik yang sama, cik ahkak buat satu lagi ros putih.  Agak simple dan hiasan tak berat sangat.  Sepatutnya bahagian bawah kek tu perlu ada cover sikit, tak lah nampak kosong sangat.
Nampak tak kesilapan cik ahkak kat situ?. Lupa la daun sepatutnya warna hijau dan bukan putih. Harap maklum, lenkali buat betul-betul..hahahaa!!!..
Last but not least akhirnya dapat jugak cik ahkak ukir nama sendiri pada kek fondant.  Bukan ukir apa, setakat tekan acuan font tu kat fondant, dah siap.  Lebih-lebih pulak ehh, dia.  Cik ahkak penah gak ditanya kawan, ko letak plastisin ka kat kek tu?.. boleh makan?.. Yolaatewww, plastisin ko.  Cik ahkak guna 100% fondant mashmallow, okay.  Semua ni cik ahkak belajar dari youtube..cari yang US version punya.  Kalau local, susah sikit sebab tak banyak info yang kita dapat.  Mimpi siang hari la kalau nak gi kelas baking, dik.. hahaaa!!.. Tutorial online saja la jawapnya.  Sekian.





22 ulasan:

  1. singgah pagi isnin
    semoga semuanya berjalan lancar

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi Anum. thanks sebab singgah, jap lagi SB gi jenguk awak,k

      Padam
  2. PANDAI SUE HIAS FONDAT DGN CANTIK N KRETIF

    BalasPadam
  3. cantik jugak, tangan ada seni ni :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks, Ann..hasil keras tangan katanya

      Padam
  4. best kan..ramai yg belajar dari youtube..
    cantik ros fondant tu..

    BalasPadam
  5. SB... kali pertama main dengan fondant dah cantik. Inikan pulak kalau selalu main-main dengan fondant ^_^

    Ish, ngerilah saya kalau nak suruh buat fondant ni. Saya ni terlebih clever. Entah apa-apa aje nanti jadinya.

    Saya tatap hasil seni orang cukuplah!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks MD. Main ngan fondant ni memang seronok jugak, mcm2 bentuk boleh buat. Tapi SB setakat tu je mampu..main terap guna cutter pon dah cukup puas hati

      Padam
  6. Wow..pandainya SB deco gn fondant..sy bab mendeko mmg fail..
    Bila nk buat first step pun xtau la

    BalasPadam
    Balasan
    1. Takpa tu PG..kita bertatih duluan sebelum first step,.

      Padam
  7. cantik sgt, kak sue amik tempahah ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks NM. Untuk foto atas tu, bukan untuk tempahan..SB buat suka-suka sambil asah bakat berkarat sikit.

      Padam
  8. wowww.. kamek kagum lah sue..cantik kitak buat tok..boleh ambil tempahan selalu klu mcm ni...hehe...

    BalasPadam
  9. Dah pandai tu Sue bermain dgn fondant
    Kaknoor mmg tk reti ni semua
    Dah cantik tuu

    BalasPadam
  10. Dah katanya minat ye SB.... pusing tang mana pun menjadik aje akhirnya..... Mak tang buat buat bunga tu OK lagi SB. Tapi tang nak buat bancuhan bagai tu yg agak malas....Nak membasuh bekas lagi aduhhhhh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tau takpa. Nak basuh utensil bagai tu satu hal..haha

      Padam

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih