Resepi White Bread Tanpa Telur


Salam sejahtera.  Cik ahkak nak kongsi tutorial buat bread tanpa telur.  Ini resepi white bread terbaik yang cik ahkak cedok dari website makcik omputeh kat google.  Entah tak ingat nama dah.  Mohon halalkan yer makcik ehh..  Okey lah untuk tutorial ni , cik ahkak guna breadmaker kesayangan hamba.  Jika kental hati nak uli, boleh juga.  Check bahan-bahan untuk buat bread tanpa telur dan pastinya telur tak da dalam senarai..hahaaa!!..
1 cawan air panas
2 sudu teh yis
3 sudu makan gula
¼ cawan shortening (dicairkan)
1 sudu teh garam
3 cawan tepung protein tinggi (hi-protien flour)
½ sudu teh bread improver
½ sudu teh dough softener

Air panas + Yis + gula di letakkan dalam bread pan, kacau sebentar.  Biarkan 6-12 minit, timbul buih macam kat atas tu. Kneading blade perlu diletak awal kat pemegang nya.  
 Garam + tepung hi protien + bread improver + dough softener di satukan dalam mangkuk.  Gaul-gaul mesra gitu dorang tak kan gadoh punya, percayalahh . Perlu diingatkan, untuk menghasilkan bread sedap, sila guna tepung hi protien.  Tak mahal dik, dalam RM 4-5 sepaket.  Itu pon boleh 2-3 kali buat bread.
Shortening atau lelemak sayur haruslah di cairkan.  Hendak guna kaedah double boiler boleh, guna microwave oven pon boleh.  Ikut cita rasa masing-masing.  Yang ni cik ahkak cair guna mickowave,..abaikan kecelaruan gambar itu..hehee!!..
Bila campuran yis dah berbuih, masukkan segala tepung dan shortening cair tadi ke dalam bread pan, ON breadmaker tu, pilih mode BREAD, colour LIGHT, weight 2LB dan tekan butang START.  Untuk mode BREAD, ianya ambil masa 3 jam untuk uli dan peram doh hingga kembang lepas tu baru proses baking bermula.
Dalam pada kneading blade tu bertugas, boleh la kita tolong permudahkan kerja nya dengan mengikis bahagian tepi bread pan tu dengan spatula supaya doh tu cepat sebati.  Kena buat hati-hati jugak takut nanti spatula kita kena "makan" kneading blade keras.
Serahkan tugas pada kneading blade tu untuk uli doh roti kita.  Jimat tenaga mak sebab tak da otot sado nak ditayangkan..wakakaa!!!.  Doh di uli nampak licin, sebati dan tak lekat pada dinding bread pan walaupun agak lembik menunjukan sukatan bahan yang kita gunakan adalah betul dan seimbang. Untuk bread maker Elba cik ahkak ni, kneading blade cik ahkak keluarkan dari bread pan apabila pemasa menunjukkan 1:55.  Cik ahkak tak mo ada kneading blade dalam roti tu apabila dah masak.
Dah siap bread tanpa telur..lalalaa.. tapi kena ingat, nak alihkan bread ni hati-hati, dik.  Takut melecur, panas banget dong.  Suka sesangat bila nengok bread tanpa telur ni  sangat elok kejadiannya.
Sejukkan atas redai kek.  Jangan potong bread ni masa ianya masih panas..nanti teksturnya rosak.  Anda yang ada knife bread tu lagi senang potong sebab mata pisau tu tak seperti pisau biasa.  White bread tanpa telur ni , kaler dia memang cantik, putih alami.  Jika ada penggunaan telur, bread akan lebih kekuningan.  Kenapa bread di bakeri nampak putih walaupun ada guna telur? Soalan canteeekk.. dorang guna whitening, dik.  Sekian.










22 ulasan:

  1. Balasan
    1. Hi MK. Lagi lah senang dik kalo kita gi beli roti kat bakeri,kan. Tapi bila dah ada breadmaker, kita guna utk memudahkan kerja meroti

      Padam
  2. wahhh... nampak senang. macam nak try je. harap jadilah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mmg sangat sangat semang tu,NW. Kalau nak uli gina tangan pon tak jadi masalah asalkan doh melalui proses kembang, uli, kembang, uli, kembang dan di bakar

      Padam
  3. dah habis sawan cup cake, meroti lah plak... hadoiii gebu-gebas ku lihat roti itu..pastinya sedap minum cecah Teh O panas... hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sawan roti gik pastok, atie..wakakaka!!!..

      Padam
  4. Balasan
    1. Thanks, Nohas. SB lagi suka nengok bila elok je naiknya

      Padam
  5. Ya Allah cantiknya roti tu, putih berseri, nanti nk kena try gak ni, kesian breadmaker kat rumah kesepian jarang guna.haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cian BM kesepian. Try lah buat satu,ya

      Padam
  6. Nasib baik SB tanya, SB jawab sendiri. Kalau tanya kat saya, manalah saya tahu. Bread pun semuanya main tunjuk kat kedai. Saya takda bread maker sebab kalau ada pun, saya nak buat apa. Buat pameran ajelah rasanya!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Main tunjuk lagi senang MD. BM SB tu kalau kasi rehat jap, jadi hiasan kabinet dapo la jawapnya..hahaa!!

      Padam
  7. menariknya... nk kna cuba jugak ni...

    BalasPadam
  8. Malam ni jugak nak breadmaker. Asal tengok SB adun roti, dan dan tu jugak rasa nak beli bm ni weyh....hihi...

    Agaknya apa beza roti ada telur dengan tak de ek SB

    BalasPadam
    Balasan
    1. Beza pada warna,.. Bread guna telur agak kekuningan.
      Haruslah mintak beli BM dari pak jilap sbg tanda anniversary OKje nanti..hihii..

      Padam
  9. SB ni memang rajinlah
    Kalau kita satu office kan bagus.
    Boleh bawa sebuku makan sama-sama. Kakak boleh modal bawa jem hihi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu kerjasama erat nama nya..hahaa!!

      Padam

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih