Agar-agar Lapis Ros



Guna bekas yang sama besar bagi setiap tuangan agar-agar bagi menghasilkan lapisan yang sama tebal
Penyejuk tekak di kala musim panas, memang nggaammm..
[AUTO-PUBLISH] Salam sejahtera.  Cik ahkak masih lagi menghilangkan diri, Sabar sabariah, nanti bila semua dah selesai, cik ahkak akan jenguk anda semula.

20gm agar-agar tali
1000ml air
120gm gula
180ml susu cair
¼ sudu teh perasa ros
Beberapa titik pewarna merah
*Sediakan 2 bekas tahan panas / periuk yang sama saiz
*1 bekas plastik / container – bersegi atau bulat terpulang pada cita rasa masing-masing
1.      Rebus agar-agar dan gula hingga semuanya hancur.  Tapis dan ketepikan.
2.    Masukkan susu cair ke dalam satu bekas dan perasa ros yang dicampurkan dengan pewarna merah ke dalam bekas lain.
3.    Bahagikan larutan agar-agar sama banyak ke dalam bekas-bekas tersebut dan gaul rata.
4.    Ambil sesenduk larutan agar-agar berwarna merah dan tuang ke dalam  bekas.  Sejukkan hingga agar-agar sedikit keras.
5.    Ulangi proses melapis dengan larutan agar-agar bersusu. Buat hingga habis.
*Pastikan larutan agar-agar dalam bekas/periuk sentiasa dalam keadaan suam bagi mengelakkan ianya keras. Perlu dipanaskan sekali-sekali tapi jangan sampai mendidih.

10 ulasan:

  1. Wow. Cantiknya agar agar lapis kak ros. Mesti upin ipin suka

    BalasPadam
  2. Mak sllu buat ni.. Mknan wajib ada kat peti ais

    BalasPadam
  3. Sedapnya pekena time cuaca panas ni :)

    BalasPadam
  4. Lama dah tak buat agar agar jugak. Pendik kata semuanya dah lama tak buatlah haha....Sekali pandang mcm kuih lapis ye SB. Cantik

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih