Kari Terung Simple

[AUTO-PUBLISH] - Cik ahkak tenggelam sekejap dari blog ni. Ruang komen pon hilang macam tuannya jugak.  Cik ahkak sesat dalam hutan Amazon, yang ada pon cuma labah-labah tarantula saja..hahaaa!! Bukan sebab line tenet tengah ciput tapi ni tengah jadi sotong kurita dah... Salam sejahtera.  Tengahari nanti masak apa?.  Meh sini tengok resepi kari terung yang mudah lagi senang nak buat.
2-3 biji terung (potong ikut saiz sukati)
3 ulas bawang putih (cincang halus - hempap penyek guna belakang pisau pon ok kalau takda lesung batu)
Setengah sudu teh serbuk cili - nak pedas tambah banyak lagi
2 sudu teh serbuk kari
1-2 sudu teh Maggi cukup rasa

Serbuk cili dan serbuk kari campur dengan sedikit air hingga jadi pes pekat.  Tumis bawang putih hingga naik bau dan masukkan pes kari.  Gaul sampai pecah minyak, masukkan terung, sedikit air dan tutup.  Bila sayur dah lembut, masukkan Maggi cukup rasa, gaul rata dan boleh dihidangkan.