Kuih Tiram




[AUTO-PUBLISH] Cik ahkak masih lagi tak timbul-timbul lagi ni.  Umur panjang kita jumpa 2 minggu lagi atau paling lambat pon mungkin tahun 2017.  Jadi mana-mana yang dah singgah kat sini, terima kasih banyak diucapkan.

Salam sejahtera. Sebelum ni selalu jugak makan Kuih Tiram, tapi tak pernah buat sebab kita main tunjuk hujung jari..hehehee!!.  Gatal jugak rasa tangan nak mencuba kepayahan orang yang membuat Kuih Tiram ni sebenarnya..Tak delah susah sangat rupanya!!! Paling senang waktu nak makan kuih ni.. Sukatan resepi Kuih Tiram yang saya gunakan di bawah ni adalah separuh dari resepi asal.  Doh cuma sedikit dan masa yang di ambil untuk membuat Kuih Tiram ni tak lama..Tengok langkah-langkah membuatnya sangat mudah. Selamat mencuba..
250gm tepung gandum
1 biji telur – dipukul sedikit
1 sudu makan Buttercup
¼ sudu teh garam
Air secukupnya
6 sudu teh tepung jagung
8 sudu teh minyak masak

1.      Tepung jagung dan minyak masak di campur hingga menghasilkan pes, ketepikan.
2.    Tepung, telur, garam dan Buttercup digaul ramas hingga menjadi seperti serbuk roti.
3.    Tambahkan air sedikit demi sedikit sambil diuli hingga menjadi doh yang tidak melekat pada tangan.
4.    Gelek nipis-nipis, potong doh lebih kurang 6 inci, sapukan pes tepung jagung dan gulung. Jika anda guna mesin pasta Ampia, gelek doh menggunakan ketebalan nombor 7, kemudian tukar kepada ketebalan nombor 5 dan akhir sekali gunakan ketebalan nombor 2.
5.    Potong sebesar ibujari dan gelek sekali lagi. Untuk proses ini, gunakan ketebalan bernombor 5.
6.    Goreng kuih dalam minyak yang banyak dan cukup panas hingga keperangan.  Biarkan sejuk dan salut dengan sedikit tepung gula.
Doh yang dah diuli hingga tak lekat kat tangan

Gelek nipis dan sapu pes tepung jagung diatasnya

Gulung dan potong kecil sebesar ibu jari

Gelek lagi dan begini lah hasilnya..ni belum digoreng lagi..

7 ulasan:

  1. Kalau tempat kakak panggil lidah buaya SB
    Ada yg sira dg gula dan ada yg sira dgn sambal.
    Sedap:)

    BalasPadam
  2. Akak baru buat minggu lepas sue,tapi tak cantek.kejadian nya sebab yg tukang gelek si bongsu akak ,apapun rasanya cukup rangup.

    BalasPadam
  3. Akak baru buat minggu lepas sue,tapi tak cantek.kejadian nya sebab yg tukang gelek si bongsu akak ,apapun rasanya cukup rangup.

    BalasPadam
  4. waduh sedapnya...
    sya pun penah share jgk resepi kuih tiram...
    tp itu ikut resemi mil lah... tp sya suke mkn kuih tiram yg tak sira atau yg pedas je...

    ni nmpak mcm tak berminyak sgt... msti rangup2 gtu kn

    BalasPadam
  5. macam kuih lidah.. tp x sure..

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih