Tempoyak durian mudah

[AUTO-PUBLISH] - Cik ahkak masih lagi menghilangkan diri.  Windu ke ngan cik ahkak?..soalan perasan . Salam sejahtera. Nak kongsi sikit cara orang Sarawak buat tempoyak durian yang boleh tahan lama dan sedap.  Cik ahkak akan kembali blogging dalam masa terdekat.  Mana yang datang jenguk, mohon tak heran bila jumpa sawang labah-labah kat dalam sini.

Bahan-bahan
Isi durian dan garam kasar

Cara-cara
1.  Isi durian yang telah diasingkan daripada bijinya kena lenyek halus..guna masher pon boleh.  Lepas tu campurkan dengan garam kasar..secukup rasa.  Ini kena main agak-agak pasal bila terkurang garam, tempoyak anda akan cepat berkulat..dan bila terlebih garam nanti masin sangat lah pula.  Oleh sebab itu, kena guna deria rasa anda sebaik yang mungkin semasa ‘merasa’ campuran isi durian dan garam.  Gaul rata-rata.  Campuran tadi kena toskan lagi semalaman sebab ini membolehkan cairan terasing daripada isinya..

2.   Masukkan isi durian tadi ke dalam bekas berlubang halus dan letak besen dibawahnya.Tutup bekas dengan foil.  Biarkan seharian atas meja makan..  Ini membebaskan ‘gas’ durian.  Jadi bila anda simpan tempoyak dalam balang kaca, ianya tidak akan 'terburai'.(Ini pernah terjadi semasa saya dan hubby pertama kali buat tempoyak durian).


3. Setelah air kuningnya (part ni buang saja) dan isi terasing, simpan tempoyak dalam  balang kaca bagi menjamin tempoh hayat lebih panjang.





8 ulasan:

  1. Sedap. Tempoyak ni memang my fave :)

    BalasPadam
  2. Ohhh baru tau...selama ni akak terus bubuh garam gaul terus simpan.

    BalasPadam
  3. Happy New Year, Sue Bee! PH suka tempoyak tapi stok dah habis hu..hu... Kena tunggu durian lah nampaknya...

    BalasPadam
  4. not feveret la plak tempoyak nih..

    BalasPadam
  5. bolehlah akak praktikkan cara ni di musim durian nanti. selalu akak asingkan isi dan bijik terus simpan dalam peti ais.

    BalasPadam
  6. Mak SA mmg buat stok setiap tahun..sedap

    BalasPadam
  7. Tak pernah buat seumur hidup SB....tapi suka makan

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih