Error 404?..

Error 404 lah sangat.  Salam sejahtera. Meh sini pekena kopi ke teh secawan bersama beberapa potongan japanese cheese cake yang gebu walaupun ada sedikit cacat cela nya kat situ.  Bukan salah resepi ke apa..
Memandangkan cik ahkak ni bukannya pakar cheesecake, jadi sekadar mencuba memain dengan resepi yang melambak kat internet itu adalah perkara biasa.  Tak menjadi, tak mengapa,. lain kali boleh cuba lagi.
Tengok betul-betul foto yang tak fotogenik tu.. ada kesilapan yang telah cik ahkak lakukan semasa proses buat japanese cheesecake.  Kek tu mengecut malu, berkedut seribu kerana silap langkah cik ahkak.  Bila kek tu masak, terus saja cik ahkak dengan tak sabarnya bawa keluar loyang tu dari oven.  Haaaa... situ lah silapnya.  Cheesecake ni fragile ya, dik..  Seeloknya bila dah masak, biarkan kek tersebut menyejuk sendiri dalam oven tu, pintu oven kena selak sikit supaya angin boleh masuk.  Takpa lah, jadikan ianya sebagai pengalaman.  Jangan ulangi kesilapan tu..hahahaaaa!!!.. Sekian


23 ulasan:

  1. Ke ni PH dah cuba banyak kali dan masih lagi cacat :( Tapi yang bestnya, walaupun tak comey, masih sedap!

    BalasPadam
    Balasan
    1. ahaa.. tau takpa PH. Buat untuk makan sendiri, sedap tidak, terpulang asalkan bukan untuk di jual kat orang..

      Padam
  2. Walaupun SB kata dia kecut malu dah berkedut tapi mata kakak tengok tetap teringin nak menikmatinya.. still gebu juga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Abaikan rupa kek yang kecut tu,kan KakZakie.

      Padam
  3. Ohh... kakak baru tahu lain kali jgn terus keluarkan dari oven ye. TQ tips ini.

    BalasPadam
  4. kek bentat bak kata orang2 legend :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ntah lah Ann..mungkin kot. Nak kata bentat, gebus jugak dalam nya tuh cuma permukaan kek tu agak huduh

      Padam
  5. Kecut2 tu kalau rasa sedap makan je la kan... :-)

    BalasPadam
  6. WALAU BERKEDUT TETAP SEDAP TU SB

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi kak PI. Dapat juga pengalaman buat kek chez kali ni

      Padam
  7. Maznee pun pernah buat, jadi kecut macam akak punya ni
    .
    Lepas baca sharing akak ni
    .
    Baru tau puncanya jangan keluarkan terus.
    .
    Haha
    .
    Nampak sangat kita ni tak sabar nak makan kek tu masa panas kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaaa.. ya kan Maz..tak sabar nak ngap kek chiz, macam ni la akibatnya. Mohon ingat kalau baking kek ni untuk kali kedua..

      Padam
  8. ooooo penah jgk jd gitu lps tu tobat takmo bt kek yg ada cheese2...

    klu bt pun yg jenis tak pyh msk heheheh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mana yang kental jiwa tu yang boleh buat banyak kali kek ni, NM.

      Padam
  9. "biar rupa buruk, yang penting hati baik"...haha gitu perumpamaannya :)

    BalasPadam
  10. Pernah buat sekali dulu...lepas tu tak buat dah hihi...tp kek ni sedap kan SB....lembut lemak...

    ps...Dapat tak face masker GA tu?
    Unianje ckp dia tak dpt...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekali buat dah cukup rasa nya OK je. Sedap memang sedap. Tentang GA tu, SB tak da dapat.

      Padam
    2. La ye ke....Kesiannya. meh le bagi akaun no maybank kat email. Kita masukkan duit SB beli sendiri kat sana. Rasanya semua yg beralamat kat Sabah Sarawak tak terima ni.

      Padam
  11. Yang penting rasanya nyummmnyummmm

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi FMF..bila makan tak pandang sapa pon,kan..hahaa!!

      Padam

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih