Cara Buat Bingka Labu Kuning - Tutorial Bergambar

Salam sejahtera.  Cik ahkak kembali lagi dengan tutorial bergambar cara buat bingka labu kuning super simple tapi sedap.  Jika ikut sebijik macam tutorial cik ahkak ni, memang hasilnya tidak akan mengecewakan. Sedap sesangat, tau!!..
kuih bingka
Tu dia bingka labu cik ahkak yang pertama dalam tahun 2017 dik ooiii.  Tekstur yang lembut, tidak berminyak, kaya rasa labu..bingka labu kuning idaman setiap tekak cik ahkak tekak dia ni ada berapa ketul eh?  Jum tengok bahan yang diperlukan.

2 cawan labu kuning – direbus, lenyek dan baru disukat guna cawan
1 cawan gula
4 sudu makan minyak masak
2 biji telur gred B
2 cawan susu cair
2 cawan tepung gandum

Labu kuning direbus, lenyek pastu baru sukat 2 cawan

Telur+susu cair+gula+minyak masak = dikacau rata sebati

Gaul labu lenyek ke dalam campuran telur tadi
Tukar besen pasal tak muat. Campur tepung dan gaul lagi
Sediakan pengukus dan loyang
Tutup loyang dan kukus selamat 50 minit
Bila dah masak, sejukkan dulu sebelum potong. lagi elok jika simpan dalam peti ais sebelum dimakan. Sedap ooo.. Yang cik ahkak buat ni cukup 3 loyang saja untuk sukatan bahan di atas.  Kekita kongsi lah satu dengan SIL elegan merangkap jiran depan rumah cik ahkak, satu loyang lagi kasi kat Uncle Australia kita yang juga jiran terdekat dan satu lagi pasti nya untuk tekak cik ahkak dan cik ahbang..hihihiii.. Sekian

14 ulasan:

  1. wahhh, senang nya buat bingka kalau cik ahkak SB dah tunjuk satu per satu macam tu...tambah2 pulak guna sukatan cawan, lagi senang kereje nya.

    Tpkan akak ingatkan bingka ni kena bakar, oh kukus pun boleh ek? nanti kalau datang sawan rajin, akak nak try buat..tq share!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ur welcome. Haruslah dicuba versi kukus ni..Guna cawan memang lagi senang, tak perlu keluar penimbang dalam gobok tu..hehehee

      Padam
  2. Yang ni sedap... selalu cari bila ramadhan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kuih klasik ni PD..senang saja buat

      Padam
  3. Balasan
    1. PH buat nanti boleh lah post kat blog PH ya..

      Padam
  4. sonang ngat resepi ni. tapi nak menjadinya kena tengok tangan & mood. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. AAaa..ah.. betul sgt. Lagi satu kalau ada masa pon tapi tak mengizinkan, susah sikit tu

      Padam
  5. Sedapnya SB... senang aje buatnya ek. Bilalah sawan rajin mak nak sampai ni? Teringin jugak nak buatlah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang senang sangat tu OKje, kukus pon kejap saja

      Padam
  6. Balasan
    1. Hello Ladybird..sedap bingka ni haa

      Padam

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih