Cheddar Cheese Breadstick



Salam sejahtera.  Bila sawan meroti kembali lagi, kemain lagi cik ahkak gi 'dera' breadmaker Elba kesayangan.  Cik ahkak tak sanggup nak menguli guna tangan, lebih lagi kalau doh dalam kuantiti yang agak banyak dan besar.  Tersado pulak lengan mengalahkan tangan laki sendiri nanti kang pelik rupanya..hahahaa!!!.  Ni cik ahkak share resepi yang disedut dari buku resepi  TASTE OF HOME Annula Recipes 2006.  Punya lah banyak koleksi resepi hebak dalam buku ni, cuma cik ahkak tak termampu nak cuba semua.  Apapun, ni hasil yang cik ahkak dapat, boleh dibuat lain kali lagi bila ada kesempatan..ppppssssttt.. Cik ahkak guna breadmaker untuk buat benda ni.  Nak guna cara manual pon boleh, takda masalah.  Selamat mencuba
14gm yis kering
1½ cawan air suam
½ cawan susu suam
3 sudu makan gula        
4 sudu makan mentega
1 sudu teh garam
5 cawan tepung hi protein

Untuk taburan atas breadstick
Parutan cheddar cheese secukupnya
3 sudu makan mentega cair
Gula

Dalam bread pan, masukkan bahan cair dulu seperti air suam dan susu.  Diikuti dengan bahan kering iaitu mentega, tepung, gula.  Yis kering perlu di letakkan ditengah-tengah dan garam di bubuh di sebelah tepi (jauh sikit dari kedudukan yis).  Tekan mode ‘dough’ dan tunggu proses menguli dan memerap habis.
Keluarkan dari bread pan dan uli doh menjadi bentuk segi empat.  Potong memanjang dan letak dalam loyang.  Biarkan 20 minit kemudian sapu mentega cair di atas nya dan tabur parutan cheddar cheese serta gula.
Bakar dalam pre heated oven hingga masak.

15 ulasan:

  1. sB bila nak post untuk cik nor?haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Errkkk..hahaaa!!..Semalam kot?..

      Padam
  2. BM kakak lama kakak bagi rehat.
    Nantilah rajin-rajin kakak buat macam SB juga:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan kak, sayang tgk BM tu simpan gitu,..

      Padam
  3. Cecah dalam air kopi, sedapnya...

    BalasPadam
  4. Bab roti meroti ni PH malas sket. Nak beli breadmaker pun, fikir banyak kali sebab banyak peralatan yang terperap kat dapur hah..hah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Faham sesangat tu PH..tak pa, kedai roti sekarang ni pon dah sekian melambak.

      Padam
  5. Balasan
    1. Bukan setakat sup, kuah kari pon lagi ok

      Padam
  6. Nyumnyummm,..terasa-rasa keenakannya kat tekak! ;)

    BalasPadam
  7. Cicah dengan air teh o pun sedap tu ek SB....Makan panas panas....

    BalasPadam
  8. gebusss nampak hasilnya.. lya bab buat kuih muih /roti mmg fail... hehe

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih