Kek Snow Cheese

Salam sejahtera.  Sambungan kisah kek span yang dah tiada,  ni lah sebenarnya hasil yang cik ahkak dapat.  Orang lain bertahun dulu dah buat Kek Snow Cheese.  Cik ahkak yang datang dari zaman purba kala ni jugak masih ketinggalan zaman.  Mohon gelak guling guling.. Punyalah sedap,  tak rugi mencuba.  Salutan cheese tebal,  parutan cheddar cheese membukit, itu kelebihan bila kita buat sendiri. Maka seronok jugak la lemak datang bertempek. 
Untuk loyang 8inci saiz kek span,  cik ahkak guna
250gm krim cheese
1 cawan susu pekat manis
2 sudu mkn shortening
Pukul sampai sebati dan berkrim.  Resepi asal guna butter,  tapi cik ahkak takda stok butter jadi tukar kepada shortening.  Jadi bergantung pada citarasa memasing, nak belah ke apa kek span tu, terpulang.  Cik ahkak try skill membelah kek dan menjadi jugak.. Guna benang, beb.. Hahahaaa!!!..  Sekian.

11 ulasan:

  1. SEDAPNYA KEK TU BERLEMAK DGN CHEESS BERSALJU

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup, kak PI. Sehiris mmg tak cukup

      Padam
  2. Mak aih menggodanyaaaaa. Hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aaa.. Tau takpa tu AA.

      Padam
    2. Lagi2 kalau time tgh lapar kan. Adoi la. Hahaha

      Padam
  3. kalau kita berjiran untung dana hehehhe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Siap awal Dana sediakan bekas kek.. Hihii.

      Padam
  4. Belum try lagi sebab macam geli dengan parutan cheese. Sorry ya, PH suka cheese cake tapi tak berapa suka dengan cheese.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ooo..takpa tu PH. Tekak memasing mmg berbeza..hihii.. Mcm SB ni kek apa saja semua telan

      Padam
  5. Tak ada tepung langsung ke SB....biar betul? Ke bagi resepi sekerat je ni? Nak bagi surprise?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaa.. Sekerat la tu. SB kasi resepi salutan saja OKJe..

      Padam

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih