Tauhu Goreng Bersalut Rangup

Salam sejahtera.  Tukar selera pemakan daging kepada tauhu.  Tauhu goreng bersalut rangup yang mudah di sediakan dan murah.  Beli tauhu keras yang ada jual kat market ke mana-mana, potong 6 dan toskan. Bahan salutan luar yang sedap ni,  cik ahkak sediakan bahan-bahan seperti berikut :-
Tepung
Bread crumbs
Garam
Serbuk lada sulah
Serbuk lada hitam
Serbuk cili
Sedikit perasa Aji
Telur sebiji dipukul sedikit

Untuk sukatan, cik ahkak sendiri pon main campur sukati dan agak agak.. Hahahaaa!!!!.. Gelak ko dik., takpa.
Dah gaul semua bahan kering,  ambil potongan tauhu tu,  golek dalam bahan salutan.  Lepas tu, masukkan dlm telur yg dipukul tadi, keluarkan dan masukkan semula ke dalam salutan tepung utk kali kedua nya. Lumur sebati lepas tu goreng hingga salutan tu garing.  Hati kena kental ya dik part salut salut tauhu ni.  Agak ambil masa jugak tu, tapi bila makan, kejap saja dah lesap masuk perut.  Sekian.

10 ulasan:

  1. Balasan
    1. Aaa..ahhh.. Buat lah byk2 ya kak..

      Padam
  2. Nampak sedap tu SB, rangup di luar..lembut di dalam...boleh buat kudap ptg2 ni cicah sos kan..nyamannn

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu PG.. Mmg sesuai utk kudapan ni

      Padam
  3. Sedap ni SB. Cicah dengan sos cili yum...yum..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yupp..kna lagi dgn sos cili thai pedas kawkaw.. Cakap pun tak guna.. Hahaa

      Padam
  4. Tauhu simple pun boleh jadi cantik mcm tu ye SB. Pokoknya kena kreatif dan rajin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yupp..pelbagaikan pilihan menu. Tak la pening adyik pikir cara masakan biasa tiap kali

      Padam

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih