Tips mudah buat kek span

Salam sejahtera.  Terkena sawan kek span pulak ddeerr.. Hahaaa!! Mohon abai kan jika terbosan tengok entry kek span cik ahkak.  Kali ni nak share gambar kek span pandan mudah.  Apa tak mudahnya kalau guna tepung optima?.  Tuang,  bancuh dan pukul sampai kembang setaman pastu bakar.  Apa yang cik ahkak nak kongsi ialah tips mengacau adunan optima ni.   Kalau ikut step skema dalam arahan kat paket optima, alamatnya berterbangan lah tepung bila terus di pukul.  Akan rasminya muka kekita berbedak tepung lepas tu.  Pernah berlaku masa cik ahkak baru belajar buat kek.  Punyalah haru tengok rambut semua tu macam beruban dah.
Jadi apa yang patut dilakukan?   Satukan semua tepung,  telur,  air dan minyak dalam satu bekas dan gunakan spatula atau sudu,  gaul hingga sebati.   Kemudian barulah di pukul hingga kembang menggunakan electric mixer pada kelajuan yang sesuai.   Bila elok kembangnya,  barulah di tuang ke dalam loyang yang dilapik dengan kertas minyak.   Bakar ikut kesesuaian suhu oven memasing.  Dengan cara ini,  kekita akan bebas dari habuk tepung berterbangan seluruh dapur.  Sekian. 

12 ulasan:

  1. Terliur pulak tengok pagi2 ni kek span Shu Bee..
    Nampak sungguh kegebusan nya hihihi..
    CH belum pernah buat kek span ni..

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum
    singgah pagi jumaat yg indah :)

    BalasPadam
  3. kalau nak buat kek span ni, mesti mama ada kat sebelah :'p x reti lagi nak buat sendiri

    BalasPadam
    Balasan
    1. Takpa tu, belajar sikit sikit bila dah pandai, boleh buat sendiri. :)

      Padam
  4. Teringat semalam beli cheese kek. Nak makan keklah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan, lagi senang beli dari buat..

      Padam

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih