Agar-agar Cincau Lapis

Salam sejahtera. Lama sungguh dipendam resepi agar agar cincau lapis ni dalam draft. Padahal
dah post dalam 4 tahun lepas kalau tak silap.  Gatal tangan kau cik ahkak.

80gm agar-agar tali
2 liter air
320gm gula
2 tin minuman cincau Yoe's - kisar bersama air nya sekali
1 tin susu cair


Rebus agar-agar bersama gula hingga semua hancur dan tapiskan
Sediakan 2 periuk sama saiz dan tuang sirap cincau ke dalam satu bekas dan satu lagi untuk susu cair
Bahagikan sama banyak agar-agar kosong tadi ke dalam 2 bekas periuk tadi.  Kacau sebati setiap satunya.
Ambil sesenduk bahagian cincau dan tuang ke dalam acuan. Biarkan keras dan lapiskan dengan sesenduk bahagian susu tadi.  Buatlah selapis2 hingga habis.
Pastikan agar-agar yang belum di gunakan (dalam periuk) dalam keadaan suam bagi mengelakkan ianya mengeras. Jika terbentuk lapisan atas tu, panaskan sedikit guna api kecil dan kacau sentiasa.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih