Biskut Makmur Takda Inti Kacang



Nak class sikit..letak dalam cawan kertas kecil
Salam sejahtera.  Bila mood berblog ke laut,  begini lah jadinya.  Seminggu satu entry.  Belum cukup parah tu jika nak dibandingkan satu entry untuk sebulan.  Hahaaa,  gelak ramai ramai pasal cik ahkak adalah salah sorang antara blogger suam suam kuku.  Meh sini cik ahkak hidangkan Biskut makmur takda inti kacang. Bukan kerana angin M tapi anak tekak suka kan makmur kosong gitew. Projek buat biskut lagi??..Biskut makmur tanpa inti kacang ni mudah saja nak buat..bahan-bahan pon senang nak cari..Pada saya biskut klasik nih memang lebih sedap jika dibandingkan dengan biskut moden sekarang nih walaupun bahan-bahannya simple saja..Satu persoalan..Biskut Arab tuh sama ke rasanya macam  biskut ni?..

1 tin kecil minyak sapi
2 cawan tepung gandum – disangai dan sejukkan
1 biji putih telur – dipukul sekejap
Gula aising secukupnya untuk salutan
**Cawan yang saya gunakan adalah yang bersukatan 250ml

1.Gaul minyak sapi, tepung dan putih telur hingga membentuk doh yang tidak lekat pada tangan.
2.Bentukkan bulat-bulat dan bakar pada suhu 110°c selama 10 minit. (Bergantung kepada jenis oven yang anda gunakan).
3.Sejukkan dulu biskut sebelum disalut dengan gula aising.

1 ulasan:

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih