Popcorn Caramel

Salam sejahtera.  Mulakan hari mu dengan popcorn caramel.  Dah takda menu sarapan sihat lain lagi ke, cik ahkak?..
Ni benda yang buat cik ahkak bersemangat buat popcorn caramel sendiri.  Padahal kalo beli kat kedai yang siap masak lagi senang.  Saja nak test bakat menggoreng bijik jagung. Tips mudah buat popcorn..  1:1..maksudnya kalau 1 cawan popcorn,  1 cawan minyak masak.  Campur 2 bahan ni dalam kuali besar,  tutup dan tunggu sampai jagung tu meletops. Untuk caramel pula  2:1:1 , 2 bahagian gula perang,  1 bahagian gula castor dan 1 bahagian mentega/majerin. Semua bahan ni di kacau atas api perlahan sehingga gula tidak berketul kemudian tuang atas popcorn yang dah masak tadi hingga rata.


8 ulasan:

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih