Terkial-kial?..Ntah lah


Salam sejahtera.  Kemain rancak auto-publish semenjak duamenjak ni.  Bila netbook merangkap rakan sekerja tak berfungsi,  kekita hapdet guna hengpong.  Masih terkial-kial, macamana nak guna.  Sila gelak pasal masa zaman purba dolu dolu cik ahkak hapdet blog guna komputer tebal sekaki kebelakang.  Upgred sikit guna netbook,  sana sini boleh bimbit. Bila netbook makin usang berusia,  beralih pula kepada apps hengpong.  Bertabah sajalah wahai hati walaupun rasa nak henyak henyak kepala ke dinding gua. Apa pon redha saja dengan keadaan (chewahh).  Almaklumlah,  supermom katanya,  semua benda boleh diterima seadanya.. Kuikuikuiiii!!!.  Sekian.