Kek Lapis Masam Manis

Salam sejahtera. Belum pun habis gambar kek lapis Sarawak yang cik ahkak nak tayang.  Tayang jangan tak tayang. Tujuan elok, dik..bukan apa pon. Saja nak bagi idea apa jenis kek yang nak dihidangkan kat tetamu bila raya nanti. Salah satu kek lapis lagend kat Sarawak ni adalah kek lapis masam manis.  Memang sedap kerana ada lapisan hawflakes yang masam tu lawan manis kek.  Yang pastinya kalau nak hasilkan kek sedap , guna bahan-bahan berkualiti yang hanya terdapat dalam resepi asal kek lapis masam manis.  Sukatan bahan pulak jangan memandai nak lebih atau kurangkan.  Nak buat kek lapis ni kena banyak sabar, bakar selapis-selapis tu memang ambil masa. Loyang 8 inci sekurang-kurangnya perlukan masa 3-4 jam termasuk mengadun semua bahan.  Ketelitian dan cara membakar kek ni adalah seni bagi bakers kek lapis.  Seronok dan puas hati, okay. Sekian.