Nak buat juga..

Salam sejahtera.  Esok Raya dah. Selamat Hari Raya untuk semua yang menyambut raya.  Ni cik ahkak nak jugak try skill macam orang lain.  Saja kan kekita jalan kat wet market,  terjumpa adik sorang ni jual kulit yang siap anyam,  cik ahkak rembat 3 ikat RM9 saja.
Pastu gi cari beras pulut,  satu kedai supermarket tu kehabisan stok beras pulut.  Aisehh, tak boleh jadi macam ni.  Last last jumpa jugak sepaket 2 kg beras pulut susu.  Apalagi,  balik rumah cik ahkak buat kari ayam dan lepas ni misi mengisi paket ketupat dan masak. Sekian dan selamat berhari raya semua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih