Resepi Kulit Tart Rangup

Salam sejahtera.  Nampak tak kulit tart aka shell dalam gambar tu?  Elok kejadiannya semenjak berkurun lama cik ahkak tak share resepi kulit tart yang rangup ni. Sungguh simple bahan yang digunakan.  Ni main terap guna jari je, dik. Nak beli mesin press doh tart belum sampai lagi hajatnya.. hahaaa!!!  Sila kelaut angan mu itu cik ahkak. Selamat mencuba!

250gm tepung gandum
120gm mentega
40gm gula aising
1 biji kuning telur
Cara-cara
Pukul ringan mentega, kuning telur dan gula aising hingga sebati. Masukkan tepung dan gaul hingga menjadi doh. Rehatkan doh dalam peti sejuk selama 10 minit.  Terap dalam acuan tart. Bakar pada suhu 120C,  20 minit grill api bawah sahaja. Keluarkan dari acuan dan sejukkan kulit tart sebelum di isi dengan inti ikut citarasa memasing. 

4 ulasan:

  1. Cak..cak..Sueeee..hikhik..lama sik muncul..baru keluar gua.. hahaha
    baca entry tart sambil makan tart telur beli kt kedai.. haha

    BalasPadam
  2. Macam senang je kan SB....Kalau rajin, tak delah susah mana sebenarnya kan...

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih