Sosej Roll Simple

Salam sejahtera.  Kejap timbul kejap tenggelam. Tenggelam lebih lama dari timbul,  bukan bermakna dah kering idea atau dapur tak berasap.  Meh sini cik ahkak kongsi gambar sosej roll simple pertama untuk bulan ni. Untuk doh,  cik ahkak tak larat nak menguli,  jadi semua bahan tu masuk dalam breadmaker Elba kesayangan, biar dia uli,  peram dan semua tu.  Boleh la cik ahkak goyang kaki jap sambil tunggu tugasan uli doh tu habis. Selalu kita tengok kat kedai,  bun atau roti mempunyai permukaan berkilat,  licin dan cantik kan.?  Senang saja nak buat ianya berkilat tu.  Masa roti tu baru keluar dari oven,  sapu butter cair atas permukaan nya.  Amacam?,  mudahkan tips tu. Sekian.

2 ulasan:

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih