Plain White Loaf

Salam sejahtera.  Kejap timbul kejap tenggelam.  Blogger suam suam kuku nak share resepi white plain loaf aka bread kosong.  Simpan resepi dalam blog buat kenang kenangan.. Hahaaa.. Ya lah tu.
Breadmaker yang sebelum ni cuti panjang.  Semenjak jumpa resepi bread kosong yang paling mudah,  tugas menguli  bermula lagi.

375gm hi protien flour
30gm gula
3/4 sudu teh garam halus
20gm shortening
1 sudu teh yis kering
240gm susu kotak full cream
1 sudu teh bread improver
1 sudu makan dough softener

Letakkan susu,  shortening,  dough softener dan di ikuti dengan bahan kering yang lain ke dalam bread pan.  Tekan mode "DOUGH" dan tunggu hingga putaran dough lengkap sebelum di keluarkan dari bread pan.  Tumbuk doh sebentar dan timbang seberat 315gm. Bentukkan dan masukkan ke dalam loyang bread tertutup. Biarkan doh kembang hingga memenuhi loyang.   Panaskan oven seketika pada suhu 120C, bakar doh tadi selama 40 minit api grill bawah. 
Geram tak geram tengok tekstur plain white loaf ni.. Hihiii.. Sekian. 

Oats Pancake Mudah

Salam sejahtera.  Cik ahkak share resepi penkek oat paling mudah nak buat dan menyihatkan.  Mungkin ada yang terlepas resepi yang cik ahkak buh kat fb tempohari.  Meh sini amik resepinya.
1 1/2 cawan oat dikisar halus
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh esen vanila
1 cawan susu kotak
1 biji telur

Campur semua bahan hingga sebati dan peram selama 5 minit.  Tuang sesuku cawan adunan ke dalam non stick pan.  Bila timbul bubble dan permukaan berlubang sikit, terbalikkan dan biarkan sebentar sebelum diangkat.  Sedap dihidang bersama pure hiney,  jem strawberry, serikaya atau butter.  Selamat mencuba.

Cili Potong

Salam sejahtera.  Blog bersawang hari ni post gambar cili potong.  Cili merah segar kalau di potong guna pisau,  bunyi krupkrup dan tidak lembik berair.  Ni contoh cili segar yang cik ahkak potong sebentar tadi.  Nampak pedas tapi sebenarnya.. tak pedas ponn. Sekian entry ringkas untuk kali ni.  Lepas ni cik ahkak nak tunjuk jeruk cili pula. Sekian

Laksa Sarawak



Hidangan popular di hujung minggu kat dapur Sue Bee kali ni..Laksa Sarawak.  Cara penyediaan nya tak dapat dinafikan lagi..sungguh complicated gitu.  Hidangan yang memerlukan kerahan tenaga buruh, masa yang diperlukan agak lama dan tahap kesabaran itu penting. 
laksa sarawak
bihun kena celur hingga betul-betul lembut
isi dada ayam yang direbus dan dilerai guna tangan
 AMARAN!!..jangan sediakan hidangan ini semasa perut anda kosong minta diisi..dikhuatiri ada bahan pelengkap hidangan akan hilang ditelan sepanjang proses menghasilkan Laksa Sarawak..haha!!..Elemen penting dalam hidangan Laksa Sarawak ni adalah kuahnya. 
telur goreng dadar dipotong
tauge kena celur jugak sebentar dalam air panas

Rasa pedas, berempah, berlemak masin gitu memang gabungan yang mantop.  Untuk menyediakan kuahnya..pastikan anda ada pes Laksa Sarawak yang terjual dalam paket.  So tak perlu bersusah payah cari rempahratus bagai. 
Guna saja sambal laksa dalam paket..arahan penyediaan disertakan

Kuah Laksa Sarawak ni kena tapis lagi macam filem Melayu selepas dimasak selama lebih kurang sejam.  Pas tu dididihkan lagi, tambahkan santan dan perasa secukupnya.  Sue Bee kongsikan foto bagi memendekkan resepi Laksa Sarawak yang sekian panjangnya blablabla..Sekian..

Gabungan lemak berkrim..campur ke dalam kuah laksa yang dah ditapis

all in one..tambah kuah dan sedia dinikmati