Sup Bebola Daging Mudah


Mood nak update blog ada sikit lemau..tapi takpa..kat sini nak jugak kongsi resepi sup mudah dari dapur Suebee..versi Malas&Mudah..sesuai sangat untuk anak-anak yang tabiat makannya..nasi campur sup, itu saja. Kalau perasan kreatif, anda tukar saja bebola daging tu dengan bebola ikan ke, sotong ke, udang ke, ketam ke..aappaaa-apa keee...selamat mencuba!!

10 biji bebola daging
500ml air
1 kiub pati lembu
Segenggam tauge segar/sayuran berdaun
Sedikit hirisan jeruk sayuran
40gm cincangan daging

1.      Didihkan air, masukkan kiub pati lembu dan biarkan larut.
2.    Masukkan bebola daging, biarkan merenih sebentar dan masukkan tauge.
3.    Angkat dan hidangkan panas-panas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih