Sambal Ikan Tahai (Ikan Lawas)


Pernah dengar ikan tahai (lawas)..Benda ni cuma boleh jumpa kat Sarawak..uniknya Bumi Kenyalang..Tekstur ikan ni agak kering, sedikit keras dan ada rasa 'asap'.  Paling sedap jika ikan tahai ni dibuat sambal.  Cara penyediaan pula terpulang kepada citarasa masing-masing..kisar boleh, tumbuk lumat pun boleh..


ikan tahai

1 bungkus kecil ikan tahai
10 tangkai cili kering
2 ulas bawang putih
1 sudu teh pes asam jawa Adabi
Minyak secukupnya
Garam dan serbuk perasa secukupnya
Sedikit air
1.      Ikan tahai dibuang kepala, ambil bahagian badan (tulang tak perlu diasingkan),kisar halus-halus dengan menggunakan pengisar kopi.
Ikan tahai tanpa kulit dan kepala..masih berbungkus lagi

2.    Kisar cili kering dan bawang putih berasingan. 
3.    Panaskan minyak (lebihkan sedikit), tumis cili dan bawang kisar hingga naik bau, masukkan ikan tahai kisar dan kacau hingga rata.
400gm berharga RM10..

4.    Campurkan sedikit air (supaya tak kering sangat), masukkan pes asam jawa dan gaul lagi.  Tutup periuk, biarkan selama 3-4 minit sambil dikacau-kacau sebentar.  Gunakan api perlahan saja.
5.    Perasakan dengan sedikit garam, angkat dan hidangkan.  Ianya sesuai dimakan dengan ulam-ulaman.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih