Pinggan tak retak, nasi tak dingin



Orang tak nak, seribu kali pon aku tak ingin..Kejam tak bunyi entry kali ni?..Tajuk entry ni bukan berkisar pada perasaan tapi pada pinggan anda yang betul-betul retak..seperti foto kat bawah nih. 

Tak kisah lerr jika pinggan anda yang retak tu buatan Itali, China, India atau tempatan.. Pinggan yang dah retak walaupun sikit saja seeloknya jangan lagi digunakan untuk makan.  Ini kerana bahagian yang retak sebenarnya mengundang segala jenis bakteria..haaa!!! Jangan tak tau pula..Sisa makanan yang tersangkut di celah retakan itu adalah punca segala bakteria..Anda sayang macamana sekali pon pinggan buatan Itali yang mahal tu..bila dah retak..simpan je dalam almari kaca,yer..ekekeekkk!!! buat hiasan..kalau harga nya murah sikit, buang saja..paling tak pon buat bekas makanan si Kucing..kan jimat.Bukan tu saja, silap hari bulan kan nanti ada yang tercalar/terhiris jari atau tangan kerana pinggan yang retak. Lagi parah gitu..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih