Heart Shaped Cookies




Tengok lah sepuasnya hasil keras tangan Sue Bee..pertama kali menyadur aising atas biskut..nampak sangat lerr tak berseni..hahaha!!!..Selamat mencuba resepi biskut mudah ni..
 
100gm Buttercup
40gm gula aising
1 biji kuning telur
½ sudu teh esen vanilla
180gm tepung gandum
½ sudu teh serbuk penaik
1 biji putih telur
150gm gula aising
10gm tepung jagung
**Panaskan ketuhar pada suhu 120º C sebelum membuat doh biskut

1.      Ayak tepung gandum dan serbuk penaik, ketepikan.
2.    Pukul Buttercup, kuning telur, esen vanilla dan gula aising hingga berkrim.
3.    Masukkan tepung, uli hingga menjadi doh yang tidak melekat pada tangan.  Jika doh lembik, tambah sedikit tepung pada satu-satu masa.
4.    Letak doh di antara plastik (atas dan bawah doh), gelek hingga setebal 8mm.  Terap menggunakan acuan.
5.    Bakar biskut pada suhu 120ºC selama 20-25 minit.
6.    Sementara tu, pukul putih telur, gula aising dan tepung jagung hingga putih berkilat dan sebati. Masukkan dalam piping bag.
7.    Sejukkan biskut dan paipkan aising tadi di atas permukaan biskut.  Bakar lagi biskut selama 2 minit.
8.    Sejukkan dan pastikan aising tadi sudah mengeras sebelum di simpan ke dalam bekas kedap udara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih