Pucuk Ubi Masak Tempoyak




Tempoyak durian bukan setakat dimasak dengan ikan patin ataupun digoreng bersama ikan bilis..Inginkan kelainan dalam menu harian, cuba masak tempoyak durian ni dengan pucuk ubi.  Nak resepi tempoyak durian, klik sini..Tapi kalau nak resepi Pucuk Ubi Masak Tempoyak, baca resepi mudah dibawah ni..hehehe..
400gm pucuk ubi – ditumbuk halus
3 ulas bawang putih –ditumbuk lumat
3-5 sudu makan tempoyak durian
Sedikit perasa / garam

1.      Tumiskan bawang putih hingga kekuningan.
2.    Masukkan pucuk ubi, gaul rata dan tambahkan sedikit air.  Tutup periuk dan masak lagi hingga cukup empuk.
3.    Masukkan tempoyak durian, gaul sebati dan perasakan dengan sedikit garam.  Tambahkan air jika agak kering.  Angkat dan hidangkan panas-panas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih