Sayur pucuk daun timun dan labu kuning





Salam sejahtera.  FIL bagi sebiji labu kuning..makk aiii!! punya lah besar saiznya, bleh wat kenduri sekampung (opsss!! yang ni nampak benar menipu..haha!!).  Dengan saiz yang besar gedabak, tak kan boleh habis makan dengan sekali masak saja..last-last kena fikir gak resepi mudah yang berlainan setiap kali nak masak labu..Setakat ni tinggal separuh je lagi buah labu gedabak tuh dalam peti sejuk.  Nak masak lemak??..Dengar je dah rasa mual.  Nasib baik ada pucuk daun timun.  Ni yang serasi bersama dalam kuali..memang sedap!!..

160gm pucuk daun timun –cuci dan ramas halus
320gm labu kuning – potong dadu
3 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1 sudu makan belacan
Garam secukup rasa

1.      Tumbuk lumat bawang putih, bawang merah dan belacan.  Panaskan sedikit minyak dan tumis hingga naik bau.
2.    Masukkan potongan labu, kacau rata dan masukkan sedikit air.  Tutup periuk dan masak hingga labu separuh empuk.
3.    Masukkan daun pucuk timun, tambah air sebagai kuahnya dan biarkan mendidih kemudian tambah garam secukup rasa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih