Sup Ayam Cendawan Butang


Nak buat sup paling mudah, simple, lebih menyihatkan dan menjimatkan masa..meh tengok resepi sup mudah ni.  Hidangan ni sesuai dihidangkan untuk anak-anak yang gemarkan sup.  Jangan dok asyik sajikan dengan ayam goreng saja, sekali sekala kena ubah juga tabiat pemakanan anak-anak kita kepada menu yang lebih sihat walaupun hanya menggunakan bahan yang terhad.

½ isi dada ayam – dihiris nipis
1 tin cendawan butang – dihiris, buangkan air sirapnya
20gm dried white fungus - direndam sebentar hingga lembut dan potong kecil
2 kiub pati lembu
Air secukupnya lebih kurang dalam sukatan 350ml - 500ml

1.       Didihkan air, masukkan dada ayam, cendawan butang, dried white fungus dan kiub pati lembu.
2.     Biarkan mendidih hingga isi ayam masak, angkat dan hidangkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih