Tilapia Kukus Taucu




yang ni blum make-up lagi..hihi

1 ekor tilapia – dibersihkan
*4 ulas bawang merah
*3 ulas bawang putih
*1 inci halia
1 sudu makan cili kisar Adabi
3 sudu makan taucu masin
1 sudu teh gula
5-6 sudu makan minyak masak
Bahan-bahan yang bertanda * perlu dihiris halus

1.      Kukus ikan sebentar dan buang airnya..(air yang keluar dari badan ikan – bukan air kukusan), sebab air ni agak berbau dan warnanya kecoklatan.
2.    Dalam kuali berasingan, panaskan minyak, goreng hingga wangi dan garing semua bahan-bahan yang dihiris.
3.    Masukkan cili kisar Adabi, taucu masin dan gula.  Gaul hingga sebati dan tutup api.
4.    Tuangkan ke atas ikan tilapia tadi kukus semula selama 5 minit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih