Asam Pedas Ikan Kembung







4-5 ekor ikan kembung – dibersihkan dan potong 2
1 sudu makan serbuk kari ikan
1 sudu makan serbuk cili
1 sudu teh pes cili giling Adabi
2 sudu teh pes asam jawa Adabi
3 ulas bawang putih – tumbuk lumat
2 batang serai – dititik
1 tangkai daun kesum
3 helai daun limau purut
Garam secukup rasa

1.      Satukan kari ikan, serbuk cili dan pes cili giling.  Campurkan sedikit air  bagi menghasilkan pes pekat.
2.    Tumis bawang putih hingga kekuningan, masukkan pes kari dan kacau hingga pecah minyak.
3.    Masukkan serai, daun limau purut dan daun kesum.  Gaul dan masukkan semangkuk air.
4.    Masukkan ikan dan pes asam jawa.  Biarkan mendidih dan ikan cukup masak sebelum ditambah garam secukup rasa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih